Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jul 28, 2015

Next Stage.

Assalamualaikum,

Lebih kurang setahun selepas aku punya last post! Pergh. Bukan busy sangat tapi kadangkala aku terlupa untuk menulis disini. Memang terlalu banyak cerita untuk aku tulis. Dan terlalu banyak perubahan yang aku hadapi sepanjang setahun ini. Yang manis, yang pahit, semuanya ada. Alhamdulillah. Akan ku tulis satu per satu later on maybe dalam bentuk throwback. InsyaAllah. 😊

Syawal masih belum hilang auranya. Jadi belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua pembaca. Raya kali ini Alhamdulillah walaupun tak semeriah zaman aku kecik2 dulu tetapi masih segembira dahulu bersama family yang tersayang. 

Next stage in my life ye. Ada dua yang paling besar. Firstly, offer letter untuk penempatan as a Dental Officer dah sampai setelah 5 bulan penantianku. Alhamdulillah dapat di Terengganu. Aku masih diizinkan untuk tinggal bersama ibuku. Aturan Allah itu sangat berhikmah.

Yang keduanya, pada 25 Julai baru-baru ni, aku dah selamat bertunang dengan seorang jejaka misteri! Kahkah. Sebab apa misteri? Sebab aku akan ceritakan nanti macam mana aku kenal dengan jejaka misteri ni. Kerana pertemuan aku dengan dia ni juga sangat berhikmah dan sangat magik. Magik yang diberikan oleh Allah kepada aku. Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat Allah kerana dipertemukan dengan dia dan keluarganya. Akan diceritakan lagi later on. Takleh expose sangat nanti jadi panjanggggg ceritanya. 😉 

Till then, Ja ne!

                                        
                                               belanja gambar tunang la satu hihi. 🙈

Kimmy Ai is listening to : Rythm of Love - Plain White T's




1 comment:

IQ = Iez Qis said...

suke jugak lagu rhythm of love tu! hehehe~~

tahniah dah bertunang, jodoh Allah tu pasti ada kan?

semoga selamat ke peringkat seterusnya!

Related Posts with Thumbnails