Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Nov 24, 2011

Musim sejuk.

Assalamualaikum.

Musim sejuk. Musim yang aku nantikan kerana pada musim ini malamnya panjang. Aku pencinta malam, bulan dan bintang. Nama samaran aku di sini Laila (malam), kebiasaannya aku gunakan jika Arab bertanya namaku. Biasalah, di sini semua orang pun tak boleh nak dipercayai (walaupun aku tau itu kelemahan aku).

Segala baju nipis sudah disimpan elok-elok, ditukar ganti dengan baju tebal dan winter coat yang sudah digantung di dalam almari. Selimut tebal pun sudah dikeluarkan dari simpanan, heater, dan tak lupa selipar bilik (selipar bunny yang macam teddy bear) juga sudah dibeli. Haha, tak perlu mention semua tu kot.

Minggu lepas, ketika aku keluar melepak dengan kawan-kawan di Hayy 'Asyir, aku bertuah dapat merasa hujan perubahan musim. Kebetulan ketika tu aku berdiri di bawah langit malam, tiba-tiba hujan gerimis turun. Semua orang mencari perlindungan, cuma aku yang kekal berdiri di bawah hujan. Aku cintakan hujan. Demam teruk baru je nak hilang masa tu, nasib baik tak melarat.

Dua hari lepas aku ber-Skype dengan mak. Aku nampak mak macam sangat kebosanan. Setiap minggu pasti dia akan balik ke rumah barunya di kampung. Rasanya kalau aku ada di Malaysia, dia jarang pun ke sana. Mesti tiada orang yang nak dengar bebelan dia kat rumah. Aku je yang sanggup tadah telinga dengar panahan petir dari mulutnya. Sabar ye mak. Adik-beradik aku pun semuanya masih sama. Abang aku masih sama, masih belum stabil kewangan sendiri. Abah juga tiada khabarnya. Perbicaraan terakhir di mahkamah antara mak dan abah dijadualkan pada minggu depan. Masa seakan sangat lambat bergerak di sana.



Aku disini sedang mengalami tahap semangat yang paling rendah. Aku hampir hilang semangat di dalam diri. Aku sedang mencari penyelesaian untuk ini. Dah bermacam-macam cara yang aku gunakan, tapi masih sukar untuk aku atasi masalah ni. Tuhan, tolonglah, disaat aku masih sendiri, aku sangat perlukan semangat ni untuk bangun dan berdiri dengan sendiri.

Minggu depan genap 21 tahun aku hidup.

Ja ne.

Nov 14, 2011

Something to talk about : Bintang Kami~


Assalamualaikum!

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah 
menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya)." [15:16]

Aku suka memandang langit pada waktu malam. Aku suka melihat jutaan bintang terhampar di langit malam. Imaginasiku berbisik, adakah para bintang sedang berkomunikasi sesama mereka? Adakah mereka gembira berada di atas sana?

Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu bermain dengan abang aku. Kami sangat rapat jika nak dibandingkan dengan kakak-kakak aku. Suatu malam tu, masa lepak-lepak tengok bintang, abang cakap, 

"Bintang yang berbaris tiga tu bintang aku punya." 

Aku menjawab, "Kalau macamtu, bintang aku pulak yang mengelilingi bintang berbaris tiga tu."

Kenangan masa kecil yang masih tetap diingatan. Walaupun kenangan itu mungkin dah lebih dari sepuluh tahun lalu tetapi aku masih ingat bintang kami. Kerana aku takkan pernah terlupa untuk melihat bintang setiap malam aku keluar.



Aku pun Google lah apa nama bintang 'kepunyaan' kami tu. Rupa-rupanya ia bernama Orion atau dikenali sebagai The Hunter. Tiga bintang yang abang punya tu namanya Belt of Orion manakala 4 bintang yang mengelilinginya (aku punya) juga termasuk di dalam gugusan Orion.


Orion's constellation

Walaupun hanya cerita zaman kecil, tapi bila tau rupa-rupanya banyak ilmu yang masih belum diketahui kita. Ilmu tentang bintang pun tersangat luas menjangkaui batasan pemikiran kita. Itu belum lagi masuk dalam galaksi yang lain. 

Lalu diri ni terasa kerdil. Walaupun kita rasa dah sangat banyak ilmu yang kita sudah pelajari, rupa-rupanya itu hanyalah sedikit sangat daripada ilmu milik Allah. Jadi, kenapa perlu berbangga sangat dengan ilmu yang seciput yang kita ada ni? Jangan terlalu berbangga, nanti hati musnah.

But then just now, I realized that I've stopped looking at the stars since awhile. When is it started? I guess maybe since the day you left me here, missing you alone.

Ja ne.

Nov 11, 2011

Beza impian, dan benda yang paling diinginkan.

Assalamualaikum..

Impian

Aku bukanlah seorang yang memasang impian yang tinggi menggunung. Aku juga bukanlah seorang yang bercita-cita besar. Aku seorang yang hanya menikmati masa yang aku sedang lalui sekarang.

Aku juga bukan seorang yang akan lakukan benda dengan bersungguh-sungguh, ya, aku akui tentang itu.

Things to do before I die

Yeah, there are things that I really wants to do before I die. When I woke up in the morning, I will always remember these things to be done.

1. Travel around the world

I'm still working on this one, and I hope that I could make it before I die.

2. Get married

Yeah, obviously. But not now.

3. Live far far away from the people that once knew me.

That's how it is.

Benda yang paling aku nak


Walaupun aku tidak memasang impian yang tinggi, tetapi aku masih punya benda yang aku inginkan. Ada benda yang aku nak, tapi aku masih belum dapat, ada benda yang aku nak dan aku dah dapat, dan ade benda yang aku nak, tapi aku takkan pernah dapat.

Aku hanya akan menikmati apa yang aku ada sekarang, supaya nanti aku takkan terlepas sesuatu yang aku sayang. Dan disebabkan aku pernah berada di ambang maut, aku takkan sia-siakan setiap saat nafas aku kerana dengan sakit yang pernah aku lalui, aku makin menghargai nyawa aku, dan khasnya, aku semakin menghargai tangan kiri aku yang pernah 'hilang'.

Since aku tau benda tu memang takkan pernah aku dapat, jadi boleh la aku tulis kat sini kan. Actually, aku ingin menjadi lelaki. Tau kenapa? Sebab aku sayang mak aku. Tetapi aku terima hakikat yang aku seorang perempuan. Dan aku still sayang mak aku.

Ja ne~

Related Posts with Thumbnails