Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Aug 19, 2011

Something to talk about : Hujan

Assalamualaikum~

Aku tahu bila waktu hujan akan turun. Aku tahu dari arah mana hujan akan turun. Aku tahu melalui bau hujan, angin, dan instinct dalam diri.

Aku juga suka bermain di dalam hujan, suka mandi hujan, suka mendengar bunyi air hujan yang turun. Secebis ketenangan dapat aku rasa apabila hujan tiba.

Setiap kali tiba musim tengkujuh, tiap-tiap hari hujan turun tanpa henti, tiap-tiap hari juga aku tak lepas daripada bermain hujan.

Ini kisah di Malaysia.

Aku di sini, di tanah kering yang kekerapan hujan tahunannya boleh dikira dengan jari. Malah bau hujan di sini juga berbeza. Sukar untuk aku menjangkakan kehadiran hujan di sini.

Dan aku di sini, merindui hujan di tanah tempat kelahiranku...

Ja ne~


Related Posts with Thumbnails