Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Aug 24, 2011

The last picture of them.

Assalamualaikum.



The last picture ever of my mak and abah together. This picture was taken when i'm flying back to Egypt on September 2010.

Ja ne.

Aug 22, 2011

10 Tanda Hati MATI.

Assalamualaikum~


Sedikit sharing. ;)


10 TANDA HATI KITA MATI
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1.   Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2.   Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.   Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4.   Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5.   Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.   Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.   Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya. 
8.   Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya. 
9.   Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri. 
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.






Semoga hati kita semua masih belum mati~


Ja ne~

Aug 20, 2011

Result.

Assalamualaikum.

Yea result aku sudah keluar. Agak kecewa. Tapi masih bersyukur kerana diberi peluang kedua. InsyaAllah aku takkan sia-siakan peluang kedua yang diberi ni. Pulun habis-habisan!

Kata orang, kejayaan takkan datang bergolek. Apa yang kita dapat itu adalah hasil dari apa yang kita usahakan. 

Err, tapi result ni aku terpaksa rahsiakan daripada mak. Mak, saya minta maaf. Tapi bila dah dapat result untuk  kali kedua nanti baru saya bagitau mak okey? 

Doakan aku.

Ja ne~

Aug 19, 2011

Something to talk about : Hujan

Assalamualaikum~

Aku tahu bila waktu hujan akan turun. Aku tahu dari arah mana hujan akan turun. Aku tahu melalui bau hujan, angin, dan instinct dalam diri.

Aku juga suka bermain di dalam hujan, suka mandi hujan, suka mendengar bunyi air hujan yang turun. Secebis ketenangan dapat aku rasa apabila hujan tiba.

Setiap kali tiba musim tengkujuh, tiap-tiap hari hujan turun tanpa henti, tiap-tiap hari juga aku tak lepas daripada bermain hujan.

Ini kisah di Malaysia.

Aku di sini, di tanah kering yang kekerapan hujan tahunannya boleh dikira dengan jari. Malah bau hujan di sini juga berbeza. Sukar untuk aku menjangkakan kehadiran hujan di sini.

Dan aku di sini, merindui hujan di tanah tempat kelahiranku...

Ja ne~


Related Posts with Thumbnails