Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

May 31, 2011

Something to talk about : Atap rumah

Assalamualaikum~

Ketika itu sedang musim rambutan, bulan 8 kalau aku masih ingat, dan pohon rambutan di depan dan belakang rumah dipenuhi buah berwarna merah.

Lalu kupanjat pokok rambutan di belakang rumah. Panjat punya panjat, sampai ke atap rumah. Alang-alang dah ada di atas sana, aku terus naik ke atas atap rumah. Aku memang punya habit yang pelik, suka panjat atap rumah. Aku sukakan pemandangan langit dari atas atap. Seringkali aku tertidur seketika sambil melihat birunya langit. Tengok langit sambil makan rambutan, serius aku rindu gila dengan zaman kanak-kanak aku.

'Ini cerita 10 tahun lepas...'

Rasanya kalau atap atas rumah sewa aku sekarang ni dibuka pintunya, mesti aku dah jadikannya tempat lepak untuk aku lihat langit di siang hari, dan berbicara dengan bulan dan bintang di malam hari.

Rindu nak tengok bintang daripada tingkap bilik mak aku. Mak, adakah tidurmu lena di sana? Aku menanti khabar gembira darimu. Serius aku dah tak sabar lagi menunggu berita gembira yang dah 20 tahun aku nantikan.

Ja ne~

May 14, 2011

Farid Sadri.

Assalamualaikum!

Hari ni birthday brader aku yang sorang ni, Mofasad. Disebabkan kecomelan beliau yang berangan nak jadi raja untuk hari ni saje, aku tunaikan la permintaan beliau ni. Ni je hadiah hari jadi dari aku okey?

Happy Birthday ke ___ kepada Mohd Farid Sadri. Semoga cepat kahwin. Gugugu..

Okey tak wish aku? ;D Mane part tunaikan permintaan sebagai raja? Nanti la bila kau kahwin, maka jadi lah raja sehari. Kan? kan?

p/s : Gua stalker terhebat beliau kat fb. ;)

May 12, 2011

Baru hari ni ia tergerak.

Assalamualaikum~

Aku sedang leka stalking di facebook. Lalu aku singgah di profile anak saudara perempuan aku. Aku terbaca wall post tentang hari ibu. Aku rasa terkilan. Tahu kenapa? Anak saudara aku wish hari ibu bukan kepada ibu kandungnya, tapi kepada ibu tirinya. Hati aku tergerak. Ibu kandungnya sudah punyai keluarga lain dan sangat jarang berhubung dengan anak-anak hasil dengan bekas suami yang dulu. Lalu aku rasa sedih bagi pihak anak saudaraku. Walaupun dilayan endah tak endah oleh ibu tirinya, tapi ucapan hari ibu masih dititipkan buat ibu tirinya, bukan untuk ibu kandungnya.

I wonder, adakah aku sekuat dia untuk wish hari ibu untuk ibu tiri aku? Takkan. Walaupun kalau mak aku dah tiada pun, aku takkan wish hari ibu untuk ibu tiri aku. Dan aku rasa, tak pernah jugak aku wish hari bapa untuk bapak aku. Hati aku sangat keras. I've suffered too much that I can't be able to forgive people. Aku dan anak saudara aku, tak jauh beza perjalanan hidup.

Aku sangat berharap, hidup kami lepas ni akan jadi lebih baik daripada apa yang telah kami lalui.

Next Paper : Dental Biomaterials & Oral - 16/5/2011 & 17/5/2011

May 5, 2011

Entah la belalang, aku pun tak tau.

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni aku rasa bersalah dengan banyak orang. Aku tak tau lah semuanya salah aku completely ataupun tak. Tapi rasa bersalah, rasa berat hati membuatkan jiwa aku tak tenang.

I wonder, patut ke tak aku berdiam diri untuk sementara waktu sampai semuanya kembali kepada asal? Tapi agak-agak, ianya akan kembali kepada asal ataupun semuanya akan berubah? Semuanya bermain permainan kebarangkalian, probability.

Rindu nak lepak dengan geng2 yang rapat dengan aku. Tapi semuanya berdiam diri. Jadi aku rasa sunyi.

Ja ne.
Related Posts with Thumbnails