Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Apr 6, 2011

Mak gua dan lantai wad 3 Utara.

Assalamualaikum.

Hari ni borak-borak dengan sorang senpai. Terkeluar la pasal aku ada penyakit AVM kat dia. Teringat balik tentang mak yang jaga aku masa aku terlantar di dalam wad. Teringat aku tentang mak yang sanggup tidur atas lantai wad nak jaga  aku. Teringat aku tentang mak yang terpaksa bangun lewat-lewat malam nak pastikan aku makan ubat dan pergi ke tandas.

Agak-agak, aku mampu tak berkorban macam tu pada dia kelak? Kalau aku tak mampu pun, aku berdoa semoga Allah memberi ganjaran pahala berganda-ganda hebatnya kepada mak di akhirat kelak.

Rindu bebelan mak. Sebab aku malas nak baca buku dah la esok exam Anatomy. Bercinta betul aku dengan subjek anatomy ni. Kalau sekali dia bagi penangan bebelan dia tu, memang seminggu ar terngiang-ngiang dalam kepala aku apa yang dia cakap tu. Terkena tajam dan tepat kat kepala aku. Mak memang pengkritik terbaik.

Ish, nak call mak aku lah pagi esok. Nak suruh dia membebel panjang-panjang. ;)

Ja ne!

No comments:

Related Posts with Thumbnails