Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Apr 24, 2011

Dikurung!

Assalamualaikum!

Dah dua hari gua dikurung di tempat yang gua sendiri tak kenal. Tujuannya, supaya gua dapat study dengan aman. Ya, serius, dua hari ni gua dah tepu dengan ilmu Anatomy walaupun tak habis lagi ni. Terima kasih buat tuan rumah and the gang kerana menjaga aku dengan baik.

Dua hari aku tak keluar berjalan, dua hari jugak lah gua tak pakai duit. Tapi makan mestilah sedap, ada laksa penang, ada spageti, ada kfc, ada kari, ada pizza. Internet line pun terbaik la laju. Feels like home.

I wonder bila pulak nak balik pergunungan arma ni?

First paper ever : Anatomy & Histology Practical Exam (Thursday 28/4/2011)

Ja ne.

Apr 20, 2011

Believe yourself~

Assalamualaikum! ;)

The fact of you not being yourself is a very annoying thing. Manusia yang tak bersyukur dengan kelebihan yang dia ada dan berkejar-kejar untuk menjadi orang lain. What for?

Benda yang paling penting dalam hidup ialah kepercayaan kepada diri masing-masing. If dah tak percayakan diri sendiri jadi kita akan goyah. Asyik nampak kelebihan orang lain dan berkejar untuk menjadi orang lain.

Kita ada kelebihan yang tiada pada orang lain. Cuma kita yang tak mencuba untuk memahami diri sendiri. Be close to your heart, and hear what your heart beats for.

Imperfection.


Tiada manusia sempurna. Kalau ada pun manusia yang ada banyak kelebihan, dia masih bukan manusia yang sempurna. Setiap manusia punyai kelemahan masing-masing juga. So, kalau dah jumpa kelebihan sendiri, cuba la asah sedikit demi sedikit. Jangan mengejar kesempurnaan, kita boleh menjadi sempurna dengan diri kita yang sedia ada. ;)

Berusaha sehabis baik sehingga dapat apa yang kita nak juga satu kelebihan. Tak semua orang boleh berusaha macam kita. =) Think positive, love yourself, believe yourself.


peace~

Ja ne!

Apr 17, 2011

Mak gua cool~

Assalamualaikum!

Gua start exam 16 Mei - 20 Jun sebanyak 11 subjects dan Lab exams pulak start 28 April sebanyak 4 subjects. Oh my God! Seriously dah rasa cuak sesangat dah!

Tadi gua call mak gua, boleh pulak dia gelak bila gua cakap gua cuak nak exam. Oh, gua dah cakap kot sebelum ni yang gua tak pernah rasa cuak macam ni masa exam-exam yang dulu. Mungkin sebab tu lah kot mak gua rasa pelik pastu gelak tu. Nak kena mak ni. Takpe tahun ni gua tak balik. Mesti mak gua rindu gila kan kat gua. Tulah, gua balik je nak membebel panjang-panjang, kan gua dah tak balik cuti ni mesti beliau rasa sunyi gila sebab tak dapat nak membebel kat telinga gua. Oh, mesti gua pun rindu nak dengar beliau membebel nanti. Hahaha!

Part yang best bila budak-budak belajar luar negara ialah bila call family yang jauh di Malaysia. Tapi bagi gua, itu part yang paling tak best. Sebab, bila gua call mak gua, mesti beliau cakap sepatah je. Kalau gua tanya sepatah, sepatah la dia cakap. Tak sama bila gua duduk depan dia, mesti gua tak sempat tanya pun beliau dah keluarkan 50 ayat. 50 AYAT. Jadi gua sedih dan hampa bila tengok member-member gua boleh borak dengan mak-mak mereka selama 30-60 minit sedangkan gua tak sampai pun 10 minit mak gua dah gaduh-gaduh nak letak phone. Tch. Tau lah mak cool kan, jangan la terlebih cool dari gua pulak. Ehe.

Tapi gua dapat penyakit kronik la sejak-sejak ni. Tau ape? MALAS! Grrrrr~


cun tak kitorang berdua? Cun la, cun la...

Ape-ape pun, mak, I LOVE YOU! ;)

Ja ne!

Apr 13, 2011

Dah nak exam dah?

Assalamualaikum!

Ohh, cuak. Gua dah nak exam dah. Entah kenapa exam kitorang je yang start awal bulan 5, yang lain tak kiralah muhafazah mana pun mesti start awal bulan 6. Tapi gua tau sebab kitorang punya subjek semuanya 11 tak termasuk 3 carry subjek untuk tahun depan memang terlebih banyak dari orang lain. Tambahan lagi practical exam untuk general medical subjects dah nak mula minggu depan. Serius gua rasa seram sejuk.

Dengan sillabus yang masih banyak yang tak habis lagi, dengan kepala otak gua yang masih kosong lagi. Memang terbaik ah. Anyway, gua tak nak mengalah. Wish me luck semua! Gua memang nak bantai habis-habisan ah.

Tiba-tiba gua terkenang zaman SPM. Dulu gua ambik 13 subjek. Ehe~ ;D


oh, rindunya mak gua~~

Ja ne!

Apr 6, 2011

Mak gua dan lantai wad 3 Utara.

Assalamualaikum.

Hari ni borak-borak dengan sorang senpai. Terkeluar la pasal aku ada penyakit AVM kat dia. Teringat balik tentang mak yang jaga aku masa aku terlantar di dalam wad. Teringat aku tentang mak yang sanggup tidur atas lantai wad nak jaga  aku. Teringat aku tentang mak yang terpaksa bangun lewat-lewat malam nak pastikan aku makan ubat dan pergi ke tandas.

Agak-agak, aku mampu tak berkorban macam tu pada dia kelak? Kalau aku tak mampu pun, aku berdoa semoga Allah memberi ganjaran pahala berganda-ganda hebatnya kepada mak di akhirat kelak.

Rindu bebelan mak. Sebab aku malas nak baca buku dah la esok exam Anatomy. Bercinta betul aku dengan subjek anatomy ni. Kalau sekali dia bagi penangan bebelan dia tu, memang seminggu ar terngiang-ngiang dalam kepala aku apa yang dia cakap tu. Terkena tajam dan tepat kat kepala aku. Mak memang pengkritik terbaik.

Ish, nak call mak aku lah pagi esok. Nak suruh dia membebel panjang-panjang. ;)

Ja ne!

Apr 1, 2011

Matahari, bintang dan bulan.

Assalamualaikum~

Dulu aku ada matahari. Matahari yang memberi haba, kepanasan dalam hidup aku. Tempat aku menyatakan perasaan. Perasaan gembira, marah, sedih, semuanya hanya dia yang tahu. Matahari pendengar yang setia, dan juga pemberi rasa cinta. Berbadan kecil, tapi berhati besar. Aku sayang gila pada matahari.

Tapi suatu hari, aku menjadi tamak pada diri sendiri. Aku lukakan hati si matahari. Aku menafikan perasaannya padaku. Tapi sekalipun aku tak pernah tinggalkan perasaanku pada matahari. Aku bawa perasaanku bersama. Aku juga membuatkan dia salah faham. Sampai suatu masa, matahari bukan lagi milikku. Matahari bawa separuh hatiku pergi.

Tiada lagi kepanasan dan haba dalam hidupku. 

Ketika masih melangkah perjalanan hidup, aku ditemukan dengan bintang-bintang. Bintang-bintang yang kecil, kesayanganku. Bintang-bintang yang mampu membuat aku jadi diriku yang sebenar. Tapi hanya sementara. Bintang-bintang pun dah jauh dariku. Membawa secebis hatiku bersama.

Aku bukan lagi diriku.

Maka aku mula menginginkan bulan. Tapi bulan terlalu jauh untuk kugapai. Bulan yang sejuk, pendiam, dan berkarisma. Bulan yang bukan milikku. Aku hanya mampu merindui bulan, tanpa mampu mendekatinya. Dan aku takut untuk menyerahkan baki hatiku untuk bulan.

Bulan yang sangat mustahil untuk kugapai walaupun dalam tidurku.

Disaat aku jatuh, aku rindukan kepanasan matahari. Aku rindukan keceriaan matahari. Aku rindukan sayangku pada matahari. Aku yang sunyi tanpa matahari, bintang dan bulan, akan terus melangkah, mengubati hati sendiri. Sungguh, tiada lagi kepanasan dalam diriku, hanya tinggal kesejukan yang nyata membuat hatiku keras seperti batu.

"Hilangnya cintamu, menusuk hatiku
Ternyata memilih cinta yang fana
Perginya dirimu, merobek jantungku
Hingga ku terjatuh, dalam harapan..."





wants to be happy as much as i can.
Related Posts with Thumbnails