Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Dec 31, 2010

Sedetik 12 tahun yang lalu~

Assalamualaikum,

Pukul 6.15, 30/12/2010

Sambil-sambil menunggu air masak, aku pandang ke luar tingkap. Angin sejuk menangkap lengan dan leher ku. Matahari masih belum menampakkan sinaran merah orennya. Ku lihat langit, kelam diselubungi kelompok awan. Akan hujan lagikah Bandar Kaherah ni seperti semalam?

Ah, mimpi lah. Hujan di sini hanya 2-3 kali setahun ketika peralihan musim. Ku tersenyum sendirian. Lantas ku lihat di jalanan. Aku nampak seorang wanita tua berjalan perlahan-lahan membawa sebiji beg plastik. Melalui simbahan lampu neon di jalanan, aku perhatikan benda yang di dalam beg plastik tersebut. Rupa-rupanya wanita tersebut membawa roti ‘isy atau dikenali sebagai roti pita (woi betul ke ni?) di Malaysia.
Lalu ingatan aku melayang merentasi jarak dan masa…

Pukul 6.15, 2/1/1998

“Dik, cepat turun ambik bekal ni, tak sempat dah, makan dalam kereta je!” bunyi suara mak lantang dari dapur.

Aku yang sedang berusaha memakai stoking yang separa basah terkial-kial sambil menjawab “Ya! Ya!” Musim hujan di pantai timur masih belum reda. Jadi, stoking yang aku jemur dari semalam macam tak perlu jemur pun takpe sebab masih lembab jugak. Tch. Aku berlari-lari ke dapur, letak air milo dan 2 keping roti kedalam bekas, dan terus bergegas meluru ke kereta. Kasut pun aku jinjit sekali ke dalam kereta sebab tak sempat nak pakai kat rumah. Mak dah siap tunggu dalam kereta. Mak memang macam tu, pergerakan beliau mesti akan lebih laju selangkah dari aku.

Di dalam kereta, aku memakai kasut dan makan sekeping roti cicah dengan air milo tadi. Aku terpaksa makan di bawah tempat letak kaki kerana taknak kena marah sebab tumpahkan air atas kusyen kereta. Aku masa kecik memang selalu cuai masa makan. Hais~

Kerjaya mak sebagai seorang jururawat memerlukan beliau sampai ke tempat kerja tepat pukul 7 pagi. Nak tak nak aku terpaksa juga ikut pace beliau. Akulah budak first sampai kat sekolah. Kerja aku awal-awal pagi bukak lampu di susur gajah dan kelas. Pukul 6.30 – 7.00 pagi masih gelap dan sunyi, dan aku terpaksa telan sendiri perasaan takut tu. That’s why sekarang aku tak takut langsung dengan gelap. Heh.

Aku masih ingat, mak yang pagi-pagi akan hidangkan roti dan buatkan air milo untuk sarapan. Aku masih ingat, mak yang terkejar2 ke sana ke mari kerana waktu kerja yang awal. Aku masih ingat, mak yang memecut laju keretanya membelah kesejukan pagi menghantar aku ke sekolah lalu ke hospital tempat kerjanya.

Aku juga still ingat, diri aku yang dulunya naïf...namun sudah mengerti akan lara hati seorang wanita bergelar mak.

Wanita tua yang menjinjit plastik berisi roti ‘isy tadi sudah hilang dari pandangan. Aku lihat langit semakin cerah. Aku sandarkan dahi ke cermin tingkap, desahan nafasku meninggalkan kesan wap di permukaan cermin. Lalu idea datang membuatkan aku kembali duduk di kerusi belajar dan mula menaip…

9 comments:

TunTeja said...

oh dear...entri yang tacing T___T

saya nak share dengan kamu link ni
http://nurulism.com/2010/12/16/untuk-medina-sebuah-kegembiraan-yang-ditangisi

awak try baca.sangat best from my personal opinionlah :)

apepun...semua pengorbanan ibu kamu tu sangat berbaloi..sebab beliau dah melahirkan seorang bakal dentist yang berjaya ni.insyaAllah :)

Fiq said...

dear. ini sgt bes!

✿ismi:Nauratul Nadiah✿ said...

nice entry:)
tetibe rindu mama kite.sobsT.T

amy shuhada said...

miss my mommy too.. xsbr nk blik!!

Kimmy Ai said...

TunTeja - oh yea? taching ek? hehe.. oh thanks for the link, sy akn baca nnti.. ;) hehe..

Fiq - whoa, biasa2 jer lah.. ;D

nau - yup, rindu mak.. *sobs2 jugak*

amy - ek eleh, padahal dia nak balik lagi sebulan.. heh..

hazirah kamal said...

saya pun masih ingat awak suka makan milo cecah roti dulu. darjah 4 ke atas. sebab darjah 3 kita tak kelas sama.

dan inaat hantu tulang reput, sharifah fatimah panggil?

and, awak suka lagu kelly clarkson "because of you" masa form 2 atau 3 atau 4?

wish you luck for the future, athifah. i really do.

Kimmy Ai said...

noor - hahaha, surely you remember lot of things about me! part hantu tulang reput tu sy lupa..hmm..

yup lagu kelly clarkson is my favourite. ;)

thanks, and good luck for you too. ^^

mummiey said...

sorg ibu sggup bkorban apa saje utk ank2...sanggup tahan lapar utk pastikan ank2 kenyang...sggup x btukar baju utk memastikan ank2 dpt rs baju baru...ank2...hargailah pengorbanan sorg ibu...bagus n3 ni,dik...♥ it!

*pntai timur katne???

Kimmy Ai said...

thanks mummiey! ;)

sy org Terengganu! ;D

Related Posts with Thumbnails