Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Dec 28, 2010

Penyelamat handphone gua~

Assalamualaikum~

Suatu hari, terjadilah peristiwa di mana handphone aku hilang di dalam teksi. First time barang berharga aku hilang, tak pernah lagi lalai dan cuai. Walaupun hilang dalam teksi, tapi dapat jumpa balik. Bagaimanakah?

Pada hari kejadian, aku dan Zul dalam perjalanan ke Ramses menaiki teksi. Dalam teksi aku main handphone. Tanpa sedar, aku tertidur. Perjalanan ke Ramses dari rabaah mengambil masa lebih kurang 20-30 minit termasuk jalan jammed and bagai lagi so logik la aku tertidur kebosanan. 

Sebaik tiba di Ramses, aku terbangun dari tidur dan tak sempat berfikir tentang handphone. Kami terus keluar dari teksi dan bergegas ke stesen kereta api. Lepas masuk dalam stesen kereta api, aku terasa nak cari handphone. Cari-cari dalam beg tak jumpa. Ah sudah! Aku panik. Zul pun panik. Cari lagi, tak jumpa jugak. Beberapa kali miscall, tak dengar bunyi ringtone. 

Kitorang pun cari tempat duduk dulu sebab barang yg kami bawak (Zul punya) memang banyak tak cukup tangan. Zul suruh aku duduk diam-diam kat situ tunggu. Katanya nak pergi cari. Aku duduk kat situ sambil berperang dengan emosi. Risau gila-gila bercelaru otak. 

Setelah 45 minit berperang dengan emosi sendiri, Zul datang dengan muka yang selamba. 

Zul : Macam mana ni?
Aku : Macam mana apa?
Zul : Kau nak ikut pegi Tanta tak ni?
Aku : Dah decide, ikut je la, nak buat macam mana lagi.

Muka aku dah berubah dah masa tu.

Zul : Mahal ke tak handphone tu?
Aku : Mahal ke tak, tak kisah sangat tapi benda kat dalam tu ha yang penting.
Zul : Pakai handphone aku dululah. (sambil hulur handphone dia)
Aku : Takpelah, aku ada lagi satu handphone.

Aku dah nak keluar air mata dah. 'Sabar, sabar, jangan kat sini, nanti mamat ni nampak malu aku. Grrr.' Aku tunduk letak muka dalam lengan aku. 

Zul : Tengok, kau dah sedih daa.. macam mana?
Aku : Ah, biar ar.
Zul : Ha, aku tau mcm mana nak buat kau gembira balik.
Aku : Camne? (muka masih sorok dalam lengan)
Zul : Tengok lah sini dulu.
Aku : Ah, cakap je. Takyah tengok.
Zul : Tak boleh, ni kena tengok. Jap je, tengok kejap je.

Aku berpaling kat dia. Dia hulur handphone kesayangan aku. Aku dengan muka malu spontan ambik handphone tu pastu sorok balik muka dalam lengan. "Argh, sengal!" Aku jerit. Dia gelak je sambil berlalu pegi beli tiket train. 

Diceritakan balik yang Zul call handphone aku tu berpuluh kali baru pakcik teksi tu angkat. Masa tu pakcik tu dah kat mana-mana entah dan taknak patah balik ke Ramses. Zul jugak pergi redah mana-mana entah aku tanya dia tak bagitau (sengal) yang pasti bukan kawasan Ramses (Ramses tu besar okey).

Masuk je dalam tren, aku dengan taktau malunya sambung tidur balik. Penat tak cukup tidur + baru lepas kelas + berperang dengan emosi. Heh.

Apa yang aku nak cakap kat sini ;

- Tak semua pak arab jahat. Ada jugak yang tau mana betul mana salah.
 - Sila jaga elok-elok barang berharga anda. Jangan lalai nak2 bila duduk jauh di negara orang.
 - Zul sengal. (takde kaitan. HAHA!)

p/s : Kau silent reader tegar blog aku kan? Haha, kalau kau baca ni, jangan buat apa-apa. Study je diam-diam kat rumah tu. Good luck in your exam keh? Lepas ni kita pergi bercuti plak. Nge~ (^________^)

p/s/s : Oh ye, awek kau baca blog aku tak????? XD

Ja ne!

5 comments:

khairunnisa ♥ said...

oh kimmi! hp saya pernah tertinggal dalam taxi juga..bila dah sampai hostel, baru nak cari =.=" pakcik taxi tu jawab tapi dia nak pengeras rm5.. hoho, nasib baik dapat balik ^_^ yang penting, apa yang ada dalam fon. take care!

Syed said...

tebaik lahh kimmy..! HAHA!
:D

Kimmy Ai said...

khairunnisa - peh, mintak pengeras siap.. ceh.. tula.. bnyak kot benda brharga dlm phone..

syaingal - heheheh.. ^^

aimantashkiL said...

peh!...ehem2..haha!
ada hero..gud..alhamdulillah la semua selamat2..

Kimmy Ai said...

hero lah sangat mamat sengal tuh.. saje buat org risau ade ar.. ;)

Related Posts with Thumbnails