Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Nov 1, 2010

Awek Dentist masih belum ingin mengalah!

Assalamualaikum~

Sebelum baca ni, jangan lupa singgah jugak ke 100Penulis ok!

Isk, lama tak update. Almaklumlah, dah study course kritikal ni, tambahan lagi tinggal di negara orang, jalan-jalan la sekali kan? Kan? Haha. Banyak betul plan melancong yang letak dalam list. Tapi, list je yang panjang, PULUS MANE NAK CARI WEH??? Tch.

Walaupun begitu sibuk, aku still tak lupa pada hobi kegemaranku zaman berzaman iaitu bowling. Ish3, ape nak jadi dengan cik K ni ye? Dan, yea, aku battle bowling lagi hari Khamis lepas dengan jejaka hebat (kononnya la), Asada Ryutaro and bawak Meha skali. Dua round pulak tu, satu malam jumaat, satu lagi malam sabtu. Isk3. Dan aku akui, still tak dapat kalahkan beliau. Grrr.


Asada - cik K

Round I

83-112
129-112
135-125
116-120
179-126

Round II

157-148
138-112
123-128
102-127
132-96

Actually yang malam sabtu tu kebetulan je beliau keluar dengan kawan-kawan beliau. Then ajak aku skali. Hohoho. Yang best lagi, aku datang bawak geng2 kepala sengal aku (Fitriah, Azie, kak cik and bobby). Dengan beliau sekali jadi sengal kat KFC. Gelak sakan macam nak pengsan. Hehe. Dah, jom layan gambar!


dgn Meha wajib ade gambar.. ;D


muka Asada tak bleh blah mentang2 menang.. grrr~

Ni gambar yang sesi hari khamis tu. Yang hari jumaat tak ambil plak. Ish, nape tak ambik ye? Lupa lak. Haha. Apa-apa pun, aku mesti kena buang jugak stress yang terkumpul selama 6 hari seminggu tu. Hoi, kitorang kat sini kelas 6 hari seminggu tau? Dah la dari 8 am hingga 5 ptg. Balik rumah dah nak maghrib dah. Sini maghrib pukul 5.30 ptg ye kawan-kawan. 

Oh ye sebelum lupa, Asada juga buat satu video yang sempat Meha rakamkan masa battle hari khamis. Nah link nye. Pendek je, yang penting, dalam video tu beliau cuma nak tunjuk yang beliau tu JEJAKA HEBAT. Isk3~ perasan betul.

Yang penting, mengalah itu tidak wujud di dalam kamus cik K tau? Argh!

P/S : Minggu depan belum buat plan. Tapi dengar2 ada orang ajak pergi Dreampark lah khamis ni. Ish, tak boleh jadi neh. Asada mau ikut??? =)


15 comments:

MOFASAD said...

kaki bowling betul asada nie

Un Phat Lee said...

lame jugak rasenye gua tak main bowling.arrhh nak main badminton lah petang nih

azana said...

cik kim ni aktiv btol men bowling.. nk men jgk..hehe

CikLilyPutih said...

la main bowling lagi? ishk jeles betul lah..

cik panadol said...

5 games sekali main...huhu kalo aku tu mau patah tangan tu!

dya adriza said...

Cik K dengan Asada! Wah comell!!

M a W a D D a H said...

lain kali cari strategi best kalahkan asada...hehe...

asyik angkat bakul je dia tuh..hihi

Juelina Stanie (AJ) said...

pkataan kalah mn de dlm kamus hehehe
kimmy!u can do it
prektis byk2
then pas bjaya tewaskan en asada tuh
mik pic
zoom
pastu wat entry special
heeeee~

noor afzan said...

haha..tak habis2 main bowling eh..
selagi tak menang, selagi tu la rasa macam nak terus main kan.
haha!

takpe, ur turn to win will coming soon.
=)

Kimmy Ai said...

MOFASAD - haha. betul3~

Un Phat Lee - haha. main badminton eh? jom3!

azana - err. hehehe.. mestilah!

Cik Lily Putih - haha. jom2 main skali lepas ni. ;DD

Kimmy Ai said...

cik panadol - ish.. itu biasa bagi saya. ;D

dya - hah? saya memang comel! tapi asada, err..err.. hahahahahha ;P

Mawaddah - ish. beliau memang macamtu.. isk3~

AJ - oh, itu pasti!

noor afzan - yup! mesti menang! banzai! \^O^/

ASaDa RyutaRo said...

berlatihlah sungguh-sungguh sebelum kalahkan saya yer. lalala~

siap kak noor afzan bagi kata semangat nak kalahkan saya. isk.. isk..

saya ok je. lalala~

suzie rahman said...

hihi..gud luck kimmy..bnyk kn praktis.ha3

maCy said...

asada claim dia bz tapi utk cik kimmy dia always free ;)

Kimmy Ai said...

asada - haha. saya yakin saya boleh kalahkan asada!!

suzie - heee.. thanks cyg! ;DD

macy - dia suka cakap dia busy tapi sebenarnye tak pun. har har har ;DDD

Related Posts with Thumbnails