Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Oct 4, 2010

Tooth Fairy wants to be loved~

Assalamualaikum!

Ape khabar? Sekarang pukul 11.00 pm kat sini. Sepatutnya dah kena tidur dah. Anyway, subuh awal sekarang. Tapi sebelum tu, aku nak mengarut sikit kat sini.

Semalam tiba-tiba kawan aku cakap, "Rasa macam nak cari boyfriend lah pulak." Aku jawab, "Macam kau sorang, aku pun.."

Haha.

Tapi entah la. Aku cakap senang lah. Tapi aku sendiri pun susah nak deal dengan benda-benda ni. Actually aku malas nak masukkan lagi masalah sampingan dalam kepala. Dah la kepala otak aku dah tak berapa sihat and tak berapa betul, tambah pulak lagi dengan subjek Dentistry yang membunuh. Alahai, macam cari masalah la pulak kan.

Lagi satu masalahnya, aku takde masa nak cari. Aku bersosial je dengan member2 lelaki di sekeliling aku, tapi, setakat member jelah kan. Huh, cari ustaz? Belum sampai tahap tu lagi kot. Tau je lah aku kan. Bukan tak nak, tapi tak berpeluang. Hmm, personaliti aku pun lagi satu problem. Jenis malas nak fikir hal tak penting.  In other word, aku seorang yang serius je selalu. Kadang-kadang time orang gurau pun aku boleh percaya. Heh.

Pengakuan berani mati, aku pernah sekali in a relationship. Tak lama sangat, 8 bulan je. Kesian kat dia. Aku garang sangat kot. Heh.

Aku rasa, takde boyfriend pun okey je kot. Ni untuk aku sendiri la. Bagi korang, suka hati korang lah kan. Lagi satu fakta berani mati, aku pernah simpan perasaan kat seseorang selama 10 tahun. Tapi kawan tu dah selamat berbahagia dah. Sakitnya tak tertanggung tau? Bukan senang nak get over it. Baru je beberapa bulan aku dapat get over it. Mana tau aku dah dapat lupakan? At the very least, aku boleh cerita tentang ni dalam blog. Kalau tak, mana la aku boleh nak cerita benda-benda tak best ni dalam blog aku. Benda-benda sedih tak best la kan? Haha.

Ada sesiapa nak jadi boyfriend aku?

Har har har

*tampar diri sendiri*


bercinta dengan dental subjects pun best jugak kan? ;DD

p/s : Good luck semua atlet Malaysia di Sukan Komanwel XIX! Jom pulun emas! ;DD

8 comments:

dr.muslimah said...

kak sha pun agak2 sosial tapi dapat ustaz...heehee.cam xcaya...sesape je boleh berubah dik..

Un Phat Lee said...

sedeh gua dengar citer lu nih. (T__T)

Kimmy Ai said...

alamak.. xde hal la kak sya.. sy boleh je ustaz... tapi tu laa.. xde masa.. hehe ;)

Kimmy Ai said...

phat lee,, apehal kau sedih? part mana yang sedih dalam entry neh??

suzie rahman said...

hihi kimmy sadis nya sampai 10 thn.. knp x go on dgn beliau.ni msti kes pndam jerk..1 more, kimmy grg ke.. sweet je ni.

Kimmy Ai said...

haha.. yep, pendam.. actually kimmy hormat dia.. takut nak approach.. lastly, beliau dah bahagia ke jinjang pelamin daa.. sadis kan?

T_T

hehe.. xde la garang sangat.. XD

Tuan Auz said...

hehe tu la beb , bercinta ngan subjek je. kalo ko benci subjek tu, leh baling jek.

uishhh 10 tahun...lama tu. tup tup dia ngan orang laen. xper. tu maksod nye in future akan adala orang laen lak. hehe

settle kan subjek dentist dulu! =p

ASaDa RyutaRo said...

pendam 10 tahun, basi la jadinya..

mencari pak ustaz utk buat suami?? hahaha.. gud luck!

Related Posts with Thumbnails