Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Oct 28, 2010

Pantai Alex dan Duit duit duit!

Assalamualaikum.

Phew. Aku tiba di rumah semalam pukul 9.30 pm. Perjalanan ke Alexandria memang best! Sebenarnya trip ni adalah sebab ada Kursus Bina Insan Gemilang anjuran MAIDAM dan Yayasan Terengganu juga dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan juga penyerahan wang zakat. Trip 2 hari 1 malam tidur kat hotel Cleopatra kat tepi pantai Alex. Semua sponsored, itu yang paling penting. Hehe.


di lobi hotel.

Benda yang paling penting bagi aku, pantai. Aku memang sangat sukakan pantai dan air laut!!! Tapi kat sini takde kesempatan nak mandi and main air laut. Sob2. Rindu pantai Batu Pelanduk kat kampung aku tu. Kecik-kecik dulu suka mandi pantai tu.

Aku gerak dari Kaherah pukul 3.30 am naik tremco. Sampai sana pukul 6.30 am. Terus gerak ke dewan. Memang sharp lah kami sampai sana pukul 7.30 am. Antara yang terawal menjejakkan kaki. Bangga, bangga. Dapat jugak jumpa beberapa kawan yang dari muhafazah lain contohnya Amy Syuhada and Azfar dari Mansoura. Dan dapat kenal ramai lagi rakyat2 Terengganu yang menuntut di Mesir. Tak sangka ramai rupanya.


Amy Syuhada.


Yang membuat aku teruja bila tengok pemandangan senja di pantai Alex! Tengok dari tingkap hotel tingkat 7, lagilah cantik. MasyaAllah! ;)

Malam tu free, so keluar jalan-jalan ke San Stefano. Sempat tangkap satu shirt murah..agaga. Esoknya selepas habis program, kami makan-makan di tepi pantai. Kuat gila angin! Lepas makan terus gerak ke City Centre. Aisey, tertangkap pulak sepasang kasut and sehelai lagi baju. Kering duit, kering. 


suasana lepas subuh.


tengah hari di pantai Alex. Panas!


di City Centre. wink3!

Balik naik tren! Yeay! Ish, tapikan kenapa Alex sejuk sangat ha? Jeles sebab kat sini panas lagi. Grr.

To Nauratul Nadiah, sorry tak contact. Actually nak jumpa u tapi masa tak mengizinkan. Dah siap mintak nombor u dari Hani lagi. Isk3. Lain kali kita jumpa k? (^____^)

p/s : Hari ni tak pergi kelas. Penat lerr. Ish3. Teruk betul perangai. I need someone to be my spirit booster!!!


Kalau aku jadi nerdy okey tak?

16 comments:

ASaDa RyutaRo said...

kering-kering pun tambah lagi.. hahahaha..

Kimmy Ai said...

hahaha.. err.. shhhh! ;DD

aat @ paat said...

cane ko leh knal nauratul nadiah??

Kimmy Ai said...

aku penah tido rumah dia kat mansoura.. dia pun penah tumpang rumah aku masa dia dtg cairo dlu.. hehehe.. ;D

maCy said...

cantik.. :)

The Only Diary I Have said...

besarnye spek!pantai memang peaceful. ingat lagi sy pernah duduk dekat gigi air, ada pakcik tegur jangan bunuh diri...he3

Juelina Stanie (AJ) said...

wah sgt cantek pmandangan kat sana kan
kalau aku, sure duduk tepi tingkap
snap2 pix
pastu plg penting BERANGAN!hahaha
jd nerdy?skali skala pe slhnya hahaha

ztie said...

tumpang lalu.. belaja ke keje?

Kimmy Ai said...

@macy - yes. cantik.

@the only diary - haha. itu ray ban je. bukan spek selalu pakai. haha. negatif betul pakcik tu fikir. isk2.

@AJ - yes, berangan itu wajib! ;)

@ztie - belajar sayang.. ;DD

Monalea said...

cantik pantai ni.kat mana ni dik?

Kimmy Ai said...

kak lea - ni kat alexandria, mesir.. ;)

hamzah ian said...

fuhyoo.. gua tak pernah pergi oversea.. sob2

Un Phat Lee said...

gua rase tercabar.spek lu lagi besar dari spek gua.damn2.

Kimmy Ai said...

hamzah - duit nuffnang banyak, jom lah datang egypt. aku sambut dengan hati terbuka. hahaha!

phat lee - haha. wei tu spek ray ban lah. bukan spek biasa aku pakai... tch.

ciK LyndaWawa igUana said...

ai girl~~

kusut said...

lake besar tu??? nampak best je jalan egypt

Related Posts with Thumbnails