Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Oct 22, 2010

Gaduh dengan boyfriend disukai ramai. Tch~

Assalamualaikum!

Salam pagi jumaat!

Dalam entry lepas aku ada tulis yang semalam aku nak keluar main bowling dengan seorang blogger yang terkenal di kalangan gadis2 dan salah seorang ahli 100 penulis. Maka, alkisahnya...




Beliau dikenali sebagai Asada Ryutaro. Nama penuh boleh tulis tak Asada? (ugut2) Hehe. Aku agak lama dah follow blog beliau disebabkan penulisannya best. Aku jumpa blog beliau ni dekat Gengblogger tak lama dulu. Excited jugaklah bila singgah ke blog beliau sebab beliau pun merantau di Mesir jugak, Kaherah pulak tu, mesti lah kena follow! Lepas lama menjadi silent reader, aku tengok ramai aweks2 yang jadi follower beliau. Rupanya ramai peminat Asada ni, getus mindaku (ceh!). Kemudian Asada memperkenalkan 100 penulis di blognya, aku pun join jugak sekali. Jadilah kami di antara 100 penulis yang disayangi (wah3). Baru-baru ni, lepas aku buat entry aku ke Tanta tu, Asada tegur cakap dia baru tau aku pun ada di Kaherah. Tup tup, dapat contact beliau, dan apa lagi, keluar lah kami ke IBC semalam. (cerita ni dah dipendekkan, tapi sebenarnye memang pendek pun ceritanya. tch.)

Sebelum kami memulakan perlawanan sebab kena tunggu turn kitorang (malam Jumaat biasalah), teman lah Asada makan dulu. Lapar katanya. Kitorang sempat pulun dulu kat rumah sebelum keluar (aku keluar dengan Fit housemate aku). Tengah2 makan, adik Asada call. Boleh jugak aku dengar slang Sarawak beliau. Sorry ye Asada, slang Terengganu tak terkeluar pulak. Tch.


peace!

Setelah energy recharged bak kata Asada, kitorang memulakan battle bowling. Tau kitorang main berapa game? 5 game. Haha. Agak gila di situ. Kata Asada, tu kali pertama beliau main 5 game non-stop. Aku biasa main 6 game sekali harung kalau kat Malaysia. Juga kali pertama bagi kami main bowling sama-sama blogger (aku mana pernah jumpa bloggers in real life kecuali kawan2).

Resultnya : 
Asada - Kimmy
98 - 72
108 - 79
89 - 113
138 - 94
149 - 135

Ya! Jangan bising!!! Aku tau aku kalah! Hahaha. Yang tak tahannye, puas hati betul beliau gelak. Menang lah katakan. Siap suruh aku sohorkan yang beliau menang lagi dalam blog aku ni.


mengada2

Peh. Ya, ya, anda menang besar semalam. Takpe, lain kali rebeat lagi. Tak puas hati betul. Aku pun tak tahu kenapa markah aku boleh menjunam sebegitu rupa. Hisy, tak best betul perasaan tu. Ada part yang best, masa aku di frame ke-10 (last) game kelima, balingan pertama aku dapat split. Datang idea baik punya, aku baling yang sebelah kiri, Asada baling yang sebelah kanan. Dua-dua kena! Hahaha, dapat lah spare kat situ. Entah apa-apa dah ikut pak2 arab sebelah yang main suka hati lempar banyak bola sekaligus. XD

Ada sekali tu, ASADA MAIN TIPU! Aku mana tau bowling pun boleh main tipu. MANA ACI MENANG SEBAB MAIN TIPU! Lepas tu tak mengaku main tipu. Alasannya...


ceit!

Huh? Macam mana nak main tipu? Tanyalah beliau. Tch.

Lepas habis main, kitorang gerak ke KFC dekat abbas 'aqod. Makan lagi sekali. Rupanya kuat makan jugak Asada ni ye. Har har har. Takde pulak gambar kat KFC, lapar punya pasal segala tenaga dah dikerahkan sepanjang berbowling.

Tapi best lah main semalam. Terbang segala stress yang ada. Bersedia untuk menghadapi hari-hari busy lagi. Kat sini Jumaat je cuti dari kelas. Dan juga best sebab first time main dengan seorang blogger, famous pulak tu. Hais~ Aku expect, Asada yang aku bayangkan di dalam dunia blog, sama seperti luaran. Rupa-rupanya tak! Argh! Asada jangan gelak evil ya baca entry ni!!! Hisy! Kalau korang nak tahu beliau macam mana, jumpa lah sendiri. Sure nampak beliau berbeza. =)

Last but not least, dapat lah jugak ilmu baru tentang blogging. Banyak yang nak kena improve ni. =)

Nantikan update daripada beliau pulak. Rajin-rajinlah singgah blog Asada!

p/s : Asada punyai banyak persamaan dengan salah seorang best friend aku. Tiba-tiba teringat best friend aku tu. Apa khabar anda di sana? Moga sihat dan senyum selalu. =')

21 comments:

CikGadis said...

wah. bes nyer maen bowling :)

leiya_chan said...

woah~~ bowling pon tipu yerk!!

Kimmy Ai said...

cikgadis - yeah.. main bowling memang selalu best! ;)

leiyachan - haha.. that's why.. baru tau jugak bleh tipu.. ;DD

nur.sa said...

best nya dapat jumpa kawan blogger.

haha. rasa mcm terbeliak je biji mata tengok score asada.

pssst, lenkali kalahkan dia wokey? :D

Un Phat Lee said...

pheewiit.gua tumpang bahagia.ehe XD

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. tajuk bukan main lagi.

umumkan sape pemenang tu oke dah. tapi tiba2 kata main tipu. isk2.. itu bukan tipu..

tak plak letak gambar markah ea. tak nak tunjuk point ratu longkang? hihi

kalau nak rebeat, berlatih setahun dlu. lalala~ menang sekali tu pun bagi je sbnrnya. HAR HAR HAR..

**agak pelik. tang mana la beza dalam blog dengan yang real ea??

ASaDa RyutaRo said...

@nur.sa :
nak suh kimmy ni kalahkan asada?? kena bagi kimmy tu kursus sebulan penuh dlu.. hahahaha

muchang said...

ala takde kawan blogger kat france :(

Kimmy Ai said...

nur.sa - hehehe.. itu pasti!

phat lee - lu jangan pikir out of the box.. hahahaha!

Asada - tu kan dah letak markah?? sy biasanya main bola x masuk longkang lah!!! xpe2 asada.. ketawalah puas2 dulu.. lain kali sy xkan benarkn anda menang lagi!

muchang - ala xpe.. nnti balik malaysia boleh main dgn lagi ramai.. itu pn kalau buat gath ke apa lah.. ;)

maCy said...

layankanlah sangat asada tu. haha

Mimi Saidi said...

got ur blog link from him...hehe

Kimmy Ai said...

hahaha... hai macy.. selalu tengok macy komen blog asada..;)

hai mimi saidi,, thanks singgah blog sy! ;D

Kimmy Ai said...
This comment has been removed by the author.
noor afzan said...

kalau eden main dengan korang, edenpun kalah..
haha!

Juelina Stanie (AJ) said...

weappy woo~hi kimmy
thx sbb singgah blog sy!
kebetulan blogwalking tjumpe blog asada yg link ke sini
sy sungguh x sopan sbb x left komen..malu**
hehehe

100penulis said...

perjumpaan subversif ni kekeke..

lain kali kita organize pertandingan congkak pulak :))

CikLilyPutih said...

ishk korang memang hebat main bowling lah.. jelesss...

Kimmy Ai said...

noor afzan - kitorang main suka-suka jelah.. ;)

Kimmy Ai said...

AJ - hai2! oh no hal lah.. ;)

en.admin - haha.. xyah congkak.. bowling lah.. mesti gempak buat sama2 100p.. ;)

cik lily putih - wakaka.. biasa jer.. ;)

MuJE said...

AS6

fuyoooo.... kena report kat bos ni.. ada skandal dalam 100 penulis...hehe ada sape-sape nak skandal ngan aku kena mai ipoh naaa.... main boling kat parade..

Jom blogwalking bersama MuJE!

Kimmy Ai said...

hahaha.. ape la Muje ni.. ;)

Related Posts with Thumbnails