Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Sep 24, 2010

Rumah bersawang-sawang...

Assalamualaikum!

Gomenasai!
Ana asif!
I'm sorry!
Maafkan aku!

Ape lagi ye?

Entry ni aku taip dekat cyber cafe mana entah yang aku terserempak dekat lorong depan rumah aku tu. Haish~ Aku janji nak buat entry raya tapi seriously tak boleh lagi sekarang. (macam la ade orang nak baca kan)

Aku selamat tiba di bumi anbia' petang Rabu minggu lepas. Thanks kepada cousin aku yang dah berkurun tak jumpa tapi dapat contact balik dalam facebook. Punya la aku tak tau pun yang dia dah ada kat Mesir dari tahun lepas lagi, siap rumah berdekatan dengan rumah aku lagi. Entah-entah pernah terserempak kot tahun lepas tapi kitorang tak perasan sebab dah lama tak jumpa. Okey aku tak nak cakap panjang pasal beliau sebab aku tak nak ramai tahu kewujudan beliau kat sini.

Kelas dah mula hari Sabtu baru-baru ni tapi tak ramai pun lecturer yang masuk. So aku pun tak sampai tengah hari dah blah dah sebab bosan tunggu lecturer. Kalau ikutkan timetable kelas habis pukul 5. Ala, macam sekolah la jugak, awal-awal tahun mana cikgu masuk sangat... macam tulah.

Internet macam bangang. Aku bayar mahal-mahal tapi boleh pulak keluar "account suspended". Memang sumpah habis lah aku kat rumah tu. Asyik tengok Korea jelah sebagai pengganti.

Ada jugak part yang best. Sebelum keluar cari CC tadi aku berjaya menghasilkan nasi minyak pertama. Tak pernah-pernah aku buat sendiri hari ni menjadi pulak. Semua junior punya pasal. Tapi rasanya tak sama macam mak aku buat. Aku tak tahu apa yang kurang or lebih. Tekstur, warna dan bau dah sebijik dah macam mak aku punya. Mungkin minyak sapi kat sini lain sikit cara dia buat kot. Banyak benda berbeza kat sini. Tapi yang aku puas hati, mereka yang makan ni semua cakap sedap. Tu belum rasa penangan yang mak aku punya lagi. Har har har. Eh ke korang ni puji sebab nak ambil hati senior je ha? Lempang kang.

Cakap pasal junior, aku terima 6 perempuan dan 4 lelaki. Ini yang dentist saje la bukan medic. Dan sebagai seorang senior yang baik, aku dan beberapa senior yang berlagak baik ni bantu la sedikit sebanyak kitorang mampu macam bawa pergi jalan2, masak, soal jawab, macam-macam lagi lah. Hehe. Sekarang ni pun aku pergi CC dengan junior2 yang still tak dapat internet yang dah rindu giler2 kat family nak webcam ape semua. Aku kan senior yang baik.

Har har har...

Ja ne!

2 comments:

NiDaYanA said...

yay~ dah sampai egypt. eh, 10 org je junior? huu~ all the best kat semua..
tifah, kat umah tifah ade kasut nida x?? yang belang-belang?? hehe... sempat ag tanye kat blog. :p

Kimmy Ai said...

haha.. 10 tu yang dentist.. ramai yang berhijrah ke Tanta.

oh ada.. kalau sy buat pakai boleh? ngahahaha! ;DD

Related Posts with Thumbnails