Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Sep 15, 2010

Live Update : Doha, Qatar

Assalamualaikum~

Amboi-amboi, bukan main lagi banyak entry baru yang wajib dibaca ye? Korang kat Malaysia sana banyak betul masa nak buat entry sambil serang rumah terbuka. Har har har. Weh, jangan lebih-lebih pulak... berbulu mata aku baca entry raya korang tuh. Aku jealous dengan orang yang buat open house besar-besaran. Bila aku suruh mak aku 'buka rumah' jugak, mak aku jawab, "Habis, siapa yang nak tolong mak masak, kemas semua? Kau tau tido dan merewang je..."

Ouch! *kerat leher sendiri*

Itu kenyataan benar. Tapi bila aku dah setkan mind nak buat sesuatu benda, i'll go for it. Dua tahun lepas dah buat open house. Tahun ni aku malas. MALAS.

Okey, sekarang 8.00 pagi di Doha. Lewat 5 jam dari Malaysia. Tadi subuh around pukul 3.45 am macam tu. Kalau subuh awal tu tandanya cuaca dah nak beralih ke musim sejuk dah. Cuaca di Qatar dan Mesir lebih kurang je. Flight ke Kaherah pukul 1.55 ptg pulak. Hais, berjanggut nak tunggu sampai tengah hari.

Muahaha, aku borong branded perfumes kat sini. Hehe. Erm, rasa macam nak buat contest je. Siapa yang menang boleh dapat perfume Bvlgari (mini size punya) khas diterbangkan dari Qatar. Haa...special tu. Tapi takde idea nak buat contest apa. Ada siapa-siapa yang ada cadangan best tak? PM aku nanti ye? Kalau boleh nak buat contest yang mencabar la sikit kan, memadailah dengan hadiah mahal. ;DD

Kitorang terserempak dengan satu group pelajar sekolah Malaysia, student Sekolah Seni Johor naik flight sekali dengan kitorang. Aku baru first time dengar, yelah aku bukan orang Johor.. mane nak tau. Diorang ada performance dekat Kaherah. Waa! Bangga! Tapi diorang tak tahu apa nama tempat tu. Aku baru ingat nak pergi tengok jugak. Huh~ Apa-apa pun, good luck ya adik-adik! Mahsyurkan nama Malaysia di tempat orang.

Argh dah banyak membebel. Nak stop dulu lah. Apa-apa updates akan datang aku akan sambung bila dah sampai di Mesir nanti lah. Gambar-gambar pun akan diupload later sekali. ENTRY RAYA PUN AKU NAK BUAT JUGAK bila sampai kat rumah dan dah sambung internet.

Till then, ja ne!


3 comments:

usachii said...

pergh, murah ker perfume dkt doha??? heheheheheh, ahhhhhh cepatnya sampai!!! ouhhhh, take care then!

Un Phat Lee said...

dah smpai dah.gud2.
lu buat je contest mewarna takpun tulisan khat ke.hhuhu :P

Kimmy Ai said...

phat lee - har har har.. susah ler nak judge pulak.. kalau pertandingan mewarna takkan nak suruh org pakai software.. aku pun buta seni jugak la derr.. hais~

Related Posts with Thumbnails