Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Sep 7, 2010

Cerita Chow Kit Part III

Assalamualaikum~

Dah dua hari Penguatkuasa KPDNHEP datang meronda kat sini. Dua hari jugak mamat2 seluar Jeans kat belakang kedai aku tak bukak. Penguatkuasa ni aim seluar jeans Levi's yang tak original. Mamat2 ni punya lah mengeluh gila. Ye lah, makin dekat nak raya nilah orang makin ramai datang. Kesian pulak aku tengok.

Hujan malu-malu nak turun. Tadi hujan renyai sekejap je, lepas tu hilang. Syukur... tak perlu nak berenang lagi. XD

Makin dekat nak raya, makin banyak income tiap-tiap malam. Nampaknya, banyak lah duit raya (upah tolong berniaga) aku dapat tahun ni. Har har har.

Tadi terserempak dengan seorang budak perempuan sama sekolah dulu. Tapi beliau pindah lepas form 3 (kalau tak silap). Masa tu beliau singgah kat kedai aku. Boleh pulak beliau buat tak kenal beta ni? Dengan buat muncung siap bila pandang aku. Nasib baik cun. Oh, mungkin sebab cun lah kot... Har har har. Aku siap boleh ingat nama penuh dia lagi, takkan dia tak ingat muka aku langsung. Dulu baik jugak beb masa duduk asrama. Walaupun tak rapat sangat pun, aku boleh ingat member2 sebaya neh. Juniors pun aku boleh ingat muka at least. Peh, kalau aku jahat sikit tadi, nak je aku panggil nama penuh dia masa dia nak berlalu dari kedai aku tu. Biar semua member dia hairan kenapa dia tak tegur kawan sekolah lama.

Aku rasa hubungan perempuan sama perempuan ni complicated lah. Korang setuju tak? Memang betullah kata Hamzah Ian tentang perempuan tu. Har har har.

Tapi part yang bestnye, dapat jumpa sorang mamat hensem. Kawan lama abang aku. Lepas ni boleh la aku suruh abang aku recommendkan. Argh!

'Parcel' yang ditunggu2 dah sampai tengahari tadi. Hehe. Masa birthday aku baru boleh bagitahu.. =)
Huh? Barang nak dibawa balik Egypt belum beli! Aiyark! Hais~ kena turun kedai lah pagi esok nak beli barang2. Banyak barang nak bawak balik ni. Hehe.

Akhir kalam, aku letakkan sebuah peribahasa arab sebagai penutup. Fikir-fikirkan dan selamat beramal!~


ٲلوقت كالشيف إن لم تقطعه قطعك

"Masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotongmu."

Ja ne!

2 comments:

Un Phat Lee said...

complicated kah?ooo. baru tau.eheh. XD

Kimmy Ai said...

hahah.. yup2.. complicated!

Related Posts with Thumbnails