Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Sep 3, 2010

Cerita Chow Kit Part I

Assalamualaikum!

Kami datang nak raya! Ada orang tak kat rumah??

Cik K : Waalaikumussalam.. masuklah.. meh2.. ha, duduk2 dulu.. nanti akak buat air. Nak makan ape? Kuih tat, kuih semprit, kuih almond london, kuih senyum.. macam-macam.. coklat pun ade. Nah bihun goreng. Akak buat sedap tau!

Oh,, sedap2.. nyum3.. akak,  nak duit raya? Hehehe.. bagi banyak2 tau.

Cik K : Ohh, duit raya. Nah tapak tangan free... nak?

(Kepada akak2 di luar sana jangan tiru aksi ini... hanya karutan semata-mata)


Apa khabar semua?

Semalam aku tertarik dengan pakcik ni. Seorang bapak dengan 3 orang anaknya. 2 anak perempuan dia tengok-tengok kerongsang. And abang dia tengok perfume. Mereka ni golongan 'istimewa'. Anak2 perempuan dia tengok dia, dia bagi sign 4. Anak2 dia angguk2. Anak lelaki dia bau2 perfume, bagi dia bau jugak, lepas tu letak balik, tengok yang lain lagi, bau lagi. Anak2 perempuan dia tengok dia lagi, tunjuk kerongsang besar. Bapak dia geleng, tunjuk kerongsang yang kecik. Anak2 dia angguk2. Diorang beli kerongsang kecik and 1 perfume. Mak aku tak perasan yang mereka istimewa. Last2 lepas hulur plastik barang, bapak dia buat sign "Berapa?". Mak aku tercengang2 tak faham. Aku cakap, "Buat sign pakai jari." Lepas tu baru dia faham dan buat sign dengan jari "RM17".

Lepas mereka berlalu, aku tegur mak aku, diorang berkemungkinan besar pekak. Sebab tu diorang berkominukasi dengan bahasa isyarat. Sebab apa aku rasa diorang pekak, sebab masa mula-mula diorang singgah kat kedai kami, aku tegur anak lelaki pakcik tu yang tengok2 perfume. Lepas aku tegur, dia pandang aku dengan muka blur, macam tak dengar. Oh, rupanya.. lepas tu aku senyum je kat dia. Aku tengok gelagat si ayah layan anak-anak dia. Semua anak-anak dia behave dan ikut perintah. Dan yang uniknya, dengan situasi diam (tanpa suara). Ya, bagi aku, itu istimewa dan sangat unik.

p/s : Pengalaman berniaga ni banyak bagi aku banyak pengajaran.

4 comments:

hamzah ian said...

nice.. tak pernah lg aku berkomunikasi dengan golongan macam ni.. ko memang terbaik..

Kimmy said...

selalu je terserempak dengan golongan istimewa ni.. kat terengganu ni banyak ape.. takkan xpnah jumpe..

al-Jundi said...

berniaga boleh jd satu jalan ke syurga..:)

99% rezki melalui perniagaan,....

Kimmy said...

Alhamdulillah~

Related Posts with Thumbnails