Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Sep 10, 2010

Cerita Chow Kit - The End~

Assalamualaikum!

Pengakhiran kepada part I, part II dan part III.

Selamat Hari Raya.

Serious aku cakap, hari last berniaga (malam raya) sangat happening! Dengan bunga api yang banyaknya atas kepala. Ni semua kerja pakcik2 and mamat2 peniaga jugak. Diorang pasang bunga api lepas berbuka puasa. Dan ramai gila pengunjung yang shopping last minute malam semalam. Pukul 1 pagi lebih, pihak Majlis Bandaraya KT datang tutup lampu kanopi dan spotlight besar. Semua orang bising tak puas hati. Ada yang siap pasang bunga api lagi sebab tak puas hati. Abang aku yang dah pernah alami pengalaman tutup lampu tahun lepas, dah siap sedia  dengan generator sendiri. Haha. Dia berniaga sampai pukul 4 pagi. Aku dan mak aku surrender awal lagi, pukul 2 dan mula gerak dah. Anyway, banyak lagi kerja menanti kat rumah. Balik rumah je, baru nak kemas rumah apa semua. Kereta pun tak sempat nak basuh. Aku dapat tidur pun lepas subuh tadi je. Skip solat sunat Aidilfitri. Hais~ Penat kot tak boleh tahan dah mata. Pukul 10 pagi pulak bangun. Hehe.

Okey, meh layan gambar2 yang aku sempat snap sepanjang berniaga di Chow Kit KT. Zass!


ni brader aku


booth kami


yang duduk tu mak aku.. TOKEI BESAR!!!


tengok kak, masuk pilih, masuk pilih! 


haa, abang2 pun pilih2 spek raya... ;)


cuaca petang semalam.. tapi tak sampai 15 minit, awan yang berat tu terus lari ke utara tanpa setitik pun air hujan jatuh.. rahmat Tuhan nak bagi rezeki lebih untuk kami.


sejak berniaga kat sini, kitorang berbuka puasa macam ni jelah..


berlantaikan jalan tar, beratapkan langit biru gelap... dapat merasai kesusahan mencari rezeki.. berbuka puasa tepi jalan je.. no more luxury dinner table and comfort chair...


 ni masa lepas maghrib, pakcik2 peniaga ni pasang bunga api...

Begitulah secubit pengalaman yang berharga yang menjadi memori manis buatku. Kalau tak experience sendiri, jangan cakap pengalaman macam ni 'biasa' saja. Harap aku dapat balik Malaysia lagi tahun depan and tambah pengalaman berniaga di Chow Kit lagi. Babai Chow Kit, babai mamat kasut bundle hensem, babai mamat kerongsang hensem, babai mamat2 seluar jeans yang sengal2, babai Ramadhan. Jumpa lagi tahun depan ya! =')


p/s : Flight balik ke Egypt hari Rabu ni. ARGH!



3 comments:

hamzah ian said...

oyeah...

Un Phat Lee said...

dah nak balik doh?.takpe2 janji sempat beraya di Msia. XD

usachii said...

hati2 nyer tifah :) selmt hari raya :)

Related Posts with Thumbnails