Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Aug 31, 2010

Ucapan Raya untuk Madihah Maliki

Assalamualaikum!

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kali ke-53 buat semua pembaca sekalian.

Saya juga ingin membuat ucapan 'advance' Selamat Hari Raya khas kepada adik bukan kandungan saya, Madihah Maliki. Semoga anda ceria menyambut lebaran bersama keluarga.

Siapakah Madihah Maliki? Har har har.

*Okey, penggunaan 'saya' dalam blog ni memang macam taboo je. Aku tak biasa! Aku tak biasa! (Err, tapi kalau kat luar aku bersaya-saya jugak dgn kawan-kawan (girls biasanya), hah!)

Aku diminta beliau untuk memuji beliau di dalam blog aku. So, aku buat lah entry tak seberapa ni. Tujuannya, nak 'puji' si Madihah Maliki ni lah kan. Okey, siapa-siapa yang nak kenal, boleh mintak nombor i/c nye dengan aku keh?


yang sebelah aku ni dia Madihah Maliki

Status : Single
Anak sulung
Jenis darah : Alamak lupe lah
Hometown : Padang Jawa, Indonesia Shah Alam.
Hobi : Tengok youtube video 2PM and macam-macam lagi siri realiti Korea, and kacau Wiwi. Ha, satu lagi hobi dia, mengada-ngada dengan aku.
Tinggi : Err, yang penting, rendah dari aku.
Perwatakan : Mengada-ngada, garang, manja (thihihihi, puji lebih neh), hmm, apa lagi ye? Oh, banyak cakap. Har har har.


 Isy, tengok tu, gedik giler! Macam Wiwi dah gediknya. Har har har.


Okey, okey. Aku jumpa beliau dekat Mesir sana. Entah la macam mana takdir ni berputar (cehs!), aku ditakdirkan jadi housemate dengan beliau. Awal-awalnya memang tak kenal pun dia kan. Bila masuk rumah pun, tak rapat lagi. Lagipun dia lagi lama sampai kat sana daripada aku. Kan aku fly lewat sebab habiskan treatment. So, aku jadi macam budak baru lagi lah kan walaupun aku tua dari beliau. Then, aku pun dah lupa dah macam mana boleh rapat. Tup tup sedar tak sedar aku dah melekat dengan dia. Har har har. Anyway, aku susah nak melekat dengan orang sebenarnya. Tapi bila dah selesa, aku go on jelah kan.

Tapi ada beberapa faktor sebab apa aku senang rapat dengan orang. Perkara paling penting, straight forward. Beliau ni tersangatlah straight forward. Kalau aku buat salah ke buat dia tak puas hati ke, dia sound paku betul-betul atas kepala aku. Ades~ Dan dia caring dengan kawan-kawan dia. Kadang-kadang kalau aku keluar lepak dengan member2 sampai lewat, dia mesti call suruh aku balik cepat. Macam mak aku plak. Hehe. Actually aku tak kisah kalau dia buat macam tu. Aku lagi prefer ada orang tegur aku daripada cakap belakang kutuk kesalahan aku. Kan?

Beliau ni pandai masak tau. Kalau dia masak kari best. (Tapi kan meha, saya dah berguru dengan mak macam mana nak masak kari best, haha!) Dulu aku tak pandai nak buat kari, so aku makan yang orang buat jelahkan. Aku reti buat sup, masak merah, sweet sour and kicap je dulu. Sekarang dah 2 bulan lebih aku duk rumah, apa lagi, berguru dengan mak lah kan. But, aku tak reti buat kek ape semua, dan aku takde masa nak belajr benda tu. (Well, takkan nak pandai tu aje, kan? Nak bagi husband makan kek je ke? Hais~)

Ada lagi benda yang interesting tentang beliau. Kalau dia tidur, jangan lah sesiapa kacau or buat bising. Nanti tak pasal-pasal kena marah. Aku lah yang selalu kena. Heh. Well, biasalah kan. Aku memang jenis tahan sabar and tahan kena marah. Tapi kalau aku yang start marah, heheh, pandai2 lah kau handle aku. Beliau jugak selalu cerita semua benda kat aku. Sebab tu aku cakap dia banyak cakap. Haa. Well, bagus macam tu sebab aku tak banyak cakap. If dua dua cakap banyak, tak effective lah kan... ;DD

Meha, dah cukup panjang dah ke? Hehe, tapi jangan marah ye kalau tak puas hati dengan apa yang saya tulis. ^^

So, beliau adalah salah seorang member yang baik dengan aku. Nak berkenalan? PM aku, nanti aku bagi nombor i/c beliau keh? har har har...

p/s : Saya doakan yang terbaik untuk Meha. Good luck! ^^

p/s/s : Aku juga sayang kamu semua! (^,^)


6 comments:

aat @ paat said...

woii awalnye wish raye!!
hahah~~

Kimmy said...

harharhar... saje je tajuk tu kasi gempak..

;DD

saya_arief said...

PM kat cni leh..?
haha..

Kimmy said...

hehe.. nak no i/c beliau ke?

NiDaYanA said...

rendunye kat mehaaa.... :(
haha!
kat tifah pun rendu jugak!

Kimmy said...

hihi.. rindu beliau PM la beliau.. skype ke.. XD

Related Posts with Thumbnails