Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Aug 13, 2010

Something to talk about : Me and Mr. Silent Killer

Assalamualaikum.

Hais~ asal entry baru je, lepas berbuka. Lepas berbuka, mesti keluar entry baru. Haha, nilah maksud sebenar "lepas makan baru boleh bercakap". Aku pun lebih kurang macam tulah. Asal tak makan je aku diam, lepas melantak baru boleh bercakap dan bergerak dengan aktif. Eh, apa yang aku mengarut ni?

Hai2 all, ape khabar? Menu berbuka puasa hari ni apa? Harap kita semua masih dilimpahi nikmat rezeki yang melimpah ruah dariNya. Ouch, topik ni dah lama aku tak tulis. Hampir setahun kot. Hmm, ramai lagi yang belum tau, aku pernah sakit dan dah melalui banyak surgery dan dah suffer macam-macam lagi lah. Bagi yang dah tahu pulak, mesti tertanya-tanya apa perkembangan yang dah berlaku kepada aku sejak-sejak aku fly. Sebab tu aku muncul membawa bersama berita pasal aku. So, entry hari sangat personal dan tak banyak info luar yang aku masukkan dalam ni.

Alamak, aku belum taarufkan lagi penyakit aku kat korang yang belum tahu ni. Sorry2. AVM - Arteriovenous Malformation. Banyak entry aku tentang ni bermula bulan 8 tahun lepas sampailah saat-saat akhir sebelum aku fly. Ni entry pertama aku tentang AVM. Agak panjang lah. =)

So, tentang perkembangan sekarang, aku masih sihat seperti sedia kala. Headache tu perkara biasa, dah jadi kawan baik pun kami ni. Tangan kiri aku boleh bergerak macam biasa, tapi loss touch sensation. Kalau tersentuh benda-benda, aku tak sedar. Diri sendiri rasa macam kelakar sebenarnya, sebab rasa macam tangan aku ni bukan aku punya, tapi i'm working with it now. Dulu tak boleh nak gune untuk menaip, sekarang dah boleh dah. Aku dah berhenti refer ke physiology sejak fly hari tu, so aku tak tau degree kemampuan tangan ni. But it's getting better everyday.

Takde apa yang perlu dibuat sekarang, cuma kena jaga kesihatan macam biasa je. Follow up akan datang tahun depan or tahun lagi satu, untuk scan MRI lagi sekali. Just nak examine perkembangan keberkesanan laser X tu. Kalau benda tu dah kecut, kira berjaya lah surgery tu. Kalau masih berkembang, nampaknya kena terlantar lagi lah kat hospital untuk prosedur yang sama berulang-ulang.

Sekarang aku hanya follow up ubat Aspirin. No more epilim chrono. Ubat ni kena makan sampai habis nyawa. Fuh, bosannye makan ubat tiap-tiap hari, Tuhan je yang tau. Aspirin tu ubat cair darah... sebab masa second last operation hari tu ada benda asing yang tertanggal disebabkan gam yang kuat, so tak boleh nak keluarkan cebisan wayar plastik halus tu. So, nak elakkan dari terjadi blockage pada urat darah tu, kena la makan aspirin, supaya darah tak terlalu pekat yang boleh sebabkan blockage.

Kalau nak diikutkan, aku dah kaji macam-macam tentang penyakit ni, dan aku dah aware dengan sebarang kemungkinan yang akan jadi. So that's why aku tak lepas pandang tentang bab kematian. Mati tu sangat dekat dengan diri.

Ah, whatever it is, i have a strong will to live. That is how i calmed my own self. I have a reason to live, so i don't have to give up on being survived.

p/s : Kalau ada yang tengok aku punya status FB, i'm not complaining. That is how i convince myself to keep on doing it.


Last but not least, chill lah! Smile~ ;DDD


4 comments:

Un Phat Lee said...

lu memang seorang yang tabah.respeklah kt lu der. XD

al-Jundi said...

Setiap penyakit ada ubat kecuali mati..

sesungguhnya sakit itu menghapus dosa..

sy cdangkan anti cuba makan madu setiap pagi sebelum makan sesuatu. sy cdangkan madu naqia... :)

jgn putus ikhtiar!..

Kimmy said...

phat lee - ouch!! thanks bro.. ;D


al-Jundi - thanks~ selalu makan madu.. oh,pernah jgk dgar madu Naqia tu.. =)

suzie rahman said...

kamoo xnmpk sakit pon dear..mst kamoo seorg yg tabah kan,, klu suzie xtaw cne nk hadapi. keep blogging sis..leh taw sal perkmbangan kesihatan u.

Related Posts with Thumbnails