Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Aug 25, 2010

Main mercun lagi!

Assalamualaikum~

Dah 14 hari Ramadhan bersama. Sepatutnya dah ada perubahan pada diri kita. Bertambah ibadah, berkurang sifat negatif, berat badan pun turun... eh, ke lagi naik sebab pulun banyak masa berbuka? Aish~ tak elok, tak elok. Kurang2kan lah. Kepada yang still kat kolej tu, sabar ye. Aku tengok status fb member2 asyik bising tak sabar nak balik rumah la. Ade yang dah tak sabar nak raya lah. Yang tak boleh blah, ade pulak yang post rindu egypt. Adoi! Masa ada kat sana bukan main lagi bising nak balik Malaysia la, Malaysia wait for me la. Tup tup baru sebulan balik Malaysia dah bunyi rindu egypt, hais~ Macam-macam la budak-budak ni.

Aku? Aku prefer duduk sini lagi lah. Buat apa kat negara orang lama-lama, bukannya aku nak kahwin dengan pak arab. Hari Kebangsaan lagi 6 hari. Kempen kibar jalur gemilang sangat hambar. Sikit je aku tengok kereta letak bendera. Mungkin ramai yang tak terasa bahang Hari Kebangsaan sebab bulan puasa, kan. Lebih-lebih pulak, pertengahan Ramadhan dah. Mesti la ibu-ibu dah sibuk nak prepare untuk berhari raya, bapak-bapak sibuk cari rezeki pun untuk hari raya, anak-anak pulak sibuk dengan mercun.

Ha, ni pasal mercun ni. Wah, dekat Terengganu ni bukan main lagi budak-budak ni main mercun secara terbuka. Penjualan mercun pun berleluasa. Dalam Pasar Payang pun boleh jumpa mercun yang best2. Gila diorang tak takut ke apa? Sekali kena cekup baru tau. Oh, kalau yang tengok berita 2 hari lepas, dekat Chabang Tiga sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan mercun meletup. Sorang budak 6 tahun meninggal dunia. Dalangnya? Bapak dia sendiri. Pengajarannya, apa-apa pun yang kita buat, tak kiralah perbuatan salah atau betul, akan terbongkar jugak. Cuma lambat atau cepat je. Semua orang tau apa yang aku cakap ni. Cuma bergantung pada awareness terhadap diri sendiri. Tapi kan, tahun ni punya version, mercun bukan main kuat lagi bunyinya. I wonder mercun apa namanya. Aku baru lagi bersara main mercun. Sejak raya tahun lepas. XD

Oh, cakap pasal lelaki arab, sorry ye, aku prefer Malay. =) (walaupun ada sesetengahnya handsome gila)
And aku maybe tak prefer bishounen. (Girl-like face)
He should be taller than me. (I'm 170 cm)
I think hitam manis tu cute, walaupun aku biasanya suka yang berkulit cerah. (maknanya, aku tak kisah la tu)
Kalau rambut panjang mesti cool. ;DD

Aiyo! Apesal pulak tetiba keluar bab taste aku ni? Tutup bab ni!

Hehe. Aku saja update hari ni. Belum punya idea yang bagus lagi. Till then, ja ne~

3 comments:

al-Jundi said...

kelakar....ehem, dah tulis preferences tu..

*ade jejaka di luar sana yg berani? :)

Un Phat Lee said...

sini2.gua berani.haha.(damn lu phatlee XD) gurau2.ehe.

Kimmy said...

har3.. jangan berani2 ye~


phat lee - kau duk diam2 kat US tu.. habiskan stadi.. hais~

Related Posts with Thumbnails