Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jul 6, 2010

Sawang bukan sewang ye?

Assalamualaikum!

Apa khabar orang kampung Malaysia? Orang kampung Egypt macam mana pulak? Hehehe.

Wah, gembiranya hari ni baru dapat online. Dapat berukband baru la kononnye. Oh-oh, okey aku eja betul-betul kali ni. Broadband. XD Cuma line dia lambat sikit, ah tak apa asalkan boleh online.



Berukband Broadband Celcom Special Edition~


Mak

Mak aku cakap aku dah kurus. Macam tak cukup makan pun ada. Aik, aku makan punya la banyak dia cakap tak cukup makan? Adeh~~ Ahha, kan kat sana hari tu musim panas, so memang frekuensi makan tu berkurangan sikit dari biasa. Tapi, aku gembira dengan komen tu. Yahooo!

Seperti biasa, and seperti yang aku jangkakan, dia membebel seperti biasa kat telinga aku. Apa saja benda masuk dalam telinga aku 3 hari ni. Gajah, rimau semua masuk dalam telinga jugak. Biasalah...mak. Takde orang lain dah sanggup dengar dia membebel. Aku je. Hehehe.

Manga

Ya,, ini favourite hobby ku. Lepak-lepak atas katil ditenggelami komik2 manga Jepun ku. Muahaha! Nasib baik mak aku tak buang. Faham jugak dia feveret anak dia sorang ni. Heh. Bila komik dah penuh atas katil, laptop pun atas katil, beruk band pun ada, dah complete hidup ini (untuk sementara ni je lah kan). XDD

Jalan-jalan

Ini... aku belum buat plan betul-betul. Tapi yang pasti akhir bulan ni aku nak ke Selangor. Wedding kawan aku, Adah and Saiful. Wah, dah nak kahwin dah diorang. Sweetnye. Rasa jealous pulak aku. Takpe, sabar. Tanggungjawab aku yang ni belum habis. Belum boleh pegang tanggungjawab baru lagi. Dan 'chance' itu belum ada lagi. XD

And, alang-alang dah pergi Selangor, insyaAllah aku akan naik KL jugak. Nak wat gathering dengan adik-beradik fasi lah. Dah lama tak jumpa, rindu la den. Huhui! Lepas tu kena date dengan bestfriends aku jugak, Farizz, Farhan, Maryam and lain-lain. Haa,, Rasanya ada la 4-5 hari jugak aku kat sana nanti. Ni cuma perancangan je la dulu. Kalau diizinkan Allah... =)

ICDL

Ape tu ICDL? International Computer Driving License. Aku pun tak tahu sangat untuk apa ICDL tu sebenarnya. Tapi bila baca blog MedicMesir, dia cakap wajib untuk semua mahasiswa/wi di Mesir. Hais~~ Nak kena pergi training ni kena pakai duit lagi. Banyak pula tu. Pening daa aku. Then training dekat UPM. Kena pergi lagi walaupun sekejap. Herm. Nak kena tanya orang ni.

Tu saja untuk kali ini. Jaga diri. Take care! Bye~

Ja ne!

No comments:

Related Posts with Thumbnails