Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jul 15, 2010

A Full Day in Kelantan...

Assalamualaikum!

Ape khabar? Hari Selasa semalam aku menghabiskan seharian di Kelantan negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang si cantik menawan.  Haha, xperlu la nak mention lebih-lebih kan. Mengade je. 


Cube teka kat mana signboard ni terletak...

Tujuan kami ke Kelantan ni ada 2 sebab yang besar, bak kata mat salleh, major task. Firstly, ke HUSM Kubang Kerian. Aku ada appointment dengan doktor lah, and nak sambung ubat. Eh, jap, cik K sakit ape? Nak tau, nah jenguk entry berhabuk gua. AVM The Silent Killer.




Hohoho.. entah kenapa, aku dah bosan dengan bau ubat.



Hah, tangkap, jangan tak tangkap.

Lepas habis kojo kek HUSM nu ha, merayap la pula ke bandar Kota Bharu. Major task kedua : Ambik mesin sulam. Oh, bukan mak aku yang menyulam, kakak aku. Aku sempat la tido 15 minit kat kedai orang sambil tunggu kakak aku belajar guna mesin sulam tu. Malu der aku,, mana-mana je boleh tido. Nasib baik takde orang snap gambar tido aku, kalau tak memang nak kena sumpah la tu.

Lepas tu, kami merayap pula ke pasaraya aku lupa namanya tepi kedai pak dinku (Mydin). Maka, sesi menangkap barang shopping pun bermula. Ala, ape je, seluar anak buah aku je yg ditangkap. 

Kemudian, merayap lagi mencari makan kat bazaar belakang kedai pak dinku tadi.


Eh2 budak ni menyibuk pulak. (anak buah aku)

Setelah minyak diisi penuh, apa lagi, round lagi lah. Untuk sesi malam pula, kami lepak di KB Mall. Hasil tangkapan aku, sepasang baju kurung untuk ke wedding Adah & Saiful nanti. Weee~ Nanti aku tunjuk baju tu nak gune buat contest baju kurung cik Iris. Ala, apa-apa pun aku tetap perempuan...korang je nampak aku kasar kat luaran. ;D


Alamak, kantoi beli baju kurung kat First Lady. Oh tak2, aku biasanya tak beli baju kurung. Baju kurung aku semuanya hasil titik peluh and air tangan mak aku. Bestkan pakai hasil kasih sayang mak? Tapi yang ni express punye. Malas nak suruh mak aku buat. Kesian dia dah la sedang ligat menceburkan diri dalam bidang business sekarang. (Ayat skema)


Oh, kak, jaga-jaga. Nanti terkeluar anak dalam perut tu susah pulak. Hehe. Aiyo, aku bakal menimang anak buah yang keenam! Aku dah jadi auntie sejak berumur 7 tahun lagi. XD



Isy, jangan kacau ai makan lah. Comel kan? Tak sangka aku KB Mall ade pet shop. Jadi 'darat' sekejap.


Tengok anak mak. Tinggi dari mak dah tuu..



Family kakak nombor 2 aku and mak.


Result dah keluar. Alhamdulillah syukur kepada Allah Tuhan yang memberi rezeki kepada hambaNya. Aku dapat Jayyid Jiddan. Bolehlah mohon Yayasan Terengganu nanti. InsyaAllah adalah rezeki untuk orang bermusafir jauh ni. =)


p/s : I'm working for the entry Cinta datang dan pergi part 2 yang mana sambungan dari entry lepas. Sebab aku dah janji nak kemukakan hujah dari sumber yang sah, so aku sedang pening membelek dan menyelongkar sumber ini. That's why sambungan ni agak lambat dari biasa.

Sebelum aku mengakhiri entry ni, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kekasih awal dan akhir. Semoga baginda memberi syafaat kepada kita di negeri Akhirat kelak.


till then,, ja ne! =)


2 comments:

Ct SoLeHa said...

tertiba klik kat blog ni..salam saya menyinggah
tetiba nmpk perkataan HUSM di sini..

i;m one of medical student here
alhamdulillah now, final year here

AVM-bersimpati buat adik ..alhamdulillah adik dpt mengesan awl..sbb kak ade patient mase kat O&G mase dia mengandung br dpt detect AVM..so risk gler kandungan dia ni..bahaya buat dia jugak..

skrg adik kat ne? belajar mane??

Kimmy said...

wsalam.. ooo,,final year.. akak la ni ye? selamat bergraduasi la nanti k? ;D

ya saya dah lama dengan penyakit tu.. dah buat laser dah pun last year.. sekarang cuma recovery je la.. husm tu macam rumah kedua dah.. =)

oooh, kesian.. high pressure.. mesti dia kena lahir bedah.. ke x?

saya study dental surgery kat al-azhar university.. mesir.. alhamdulillah dapat rezeki kat sana.. =)

Related Posts with Thumbnails