Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jul 21, 2010

New Experience!

Assalamualaikum. 

Ah, sekarang baru ada masa untuk menulis. Sejak 3 malam yang lepas aku asyik tidur awal jek. Pukul 2 pg tu dikira awal lah kan. Semalam family abang ipar aku ajak pergi tangkap ketam di pantai Kelulut, Marang nung! Hehe. Ni first time aku berkelah di tepi pantai bersama family malam-malam. Agak gelap tapi dah buat unggun api okey lah tu. Jom kita layan gambar-gambar ni.



Maklumlah, pakai camera handphone je kot.


Mana nak korek duit beli DSLR. XD


Tengok gambar mak aku samar2 je.


Huh, gambar bapak aku pun.


Uiks, apesal gambar tuan punye kamera cantik je... haha, mestilah nama pun tuan punya kan.


Kenal tak korang apa makhluk ni?? haa, tengok betul2.. zoom..zoom.. haaa, tu la namanya kepala ayam. Buat umpan ketam nanti.


Kepala aym tu dicucuk kat batang buluh. Nanti kat tengah laut tu, pacakkan je la buluh tu dalam pasir. Nanti banyak ketam berkerumun kat kepala ayam tadi.


Haa, ni umpan manusia, bihun goreng. XD


Eh, gediknye cik K nak mencapub dengan satay. Hais~


Hah, tu dia hasil tangkapan kami... har3


gambar penutup. ni baru lepas berendam dalam laut. ah, xde apa yg lebih best selain dari dapat berendam dalam air laut.. wee~ (ceit,rendam kaki jer.. dah terlalu besar nk berenang-renang di khalayak ramai ni.. kalau kat lata, air terjun boleh lagi)



Aktiviti kami malam tu menggamit memori mak aku semasa zaman beliau kecik-kecik dulu. Mak aku berasal dari keluarga nelayan. Tokki aku nelayan. So, zaman kecik-kecik dulu family dia ramai-ramai turun berkelah tepi pantai Tanjung Jara (dekat ngan Tanjung Jara Resort sekarang) malam-malam nak tengok penyu naik bertelur. Wah, bukan senang nak ada kenangan macam tu. One in a million je. Zaman sekarang penyu dah menangis dah. Dah kurang tempat dia nak bertelur. Banyak sangat pembangunan tepi pantai ni. Tu tak termasuk pencemaran laut and pantai lagi.

Moral of the story : Jaga kebersihan pantai kita. Lindungi tempat pembiakan penyu!

Ja ne!

No comments:

Related Posts with Thumbnails