Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jul 22, 2010

Aku tak tahu macam mana nak gembirakan hati korang.

Assalamualaikum.

Tajuk entry bukan main gempak. Heh. Hai semua.

Aku pernah jumpa segolongan manusia yang mengeluh dan bersedih sebab takde pasangan hidup (kekasih).

First impression, huh, gatalnya. Sorry kalau terkena kat siapa-siapa. Aku pun bukan manusia sempurna. Aku nak cakap panjang pun tak reti jugak. Persoalan pertama, sebenarnya apa yang kita nak dengan punyai kekasih (couple)? Dan fikirkan persoalan kedua, apa yang kita dapat lepas punyai kekasih? Realitinya, dah macam budaya muda-mudi Malaysia untuk bercinta nak nak bila umur 10-25 tahun. Huh? 10 tahun pun dah pandai bercinta? Pengalaman sendiri. Err, jangan tanya.

Apa yang kita expect daripada kekasih kita? Nak dia dengar semua masalah kita? Nak dia penuhi segala permintaan kita? Mimpilah kau. Orang dungu je yang akan penuhi segala permintaan orang. Serius aku belum pernah jumpa manusia dungu. Nak tahu jugak macam mana nak deal dengan si dungu ni. Aku rasa yang dungu ni macam perempuan je yg banyak. Haha. Kalau takde hubungan yang rapat or sah, jangan harap orang nak layan kita baik-baik. Ada pun, untuk sementara je. Awal-awal, yelah, akan kupetik bintang untuk kau simpan. Bila dah dapat, ku berikan pelempang untuk kau ingat sampai mati. Jangan ingat dunia ni terlalu indah.

Apa yang kita dapat bila dah ada kekasih? Nanti setiap 5 minit phone korang masuk mesej. Nak berak lepas hajat pun tak senang. Kalau tak balas, kata sombong, taknak layan. Then merajuk. Huh, pantang betul aku kalau jenis yang merajuk ni. Lempang nak? Then, bila tibanya birthday korang yang tak sabar-sabar tunggu tiap-tiap tahun tu, tiba-tiba dia tak ingat birthday korang and tak wish pun. Worst, surprise date yang korang idamkan tak kesampaian bila dia dah janji nak keluar lepak dengan member-member kat kedai mamak or dah janji nak keluar shopping dengan girls. Hah, ni bukan merajuk dah, sakit hati sekali. Apa korang dapat? Sakit hati, geram, semua ada lah. Sibuk nak jaga hati dia, sampai diri sendiri pun terabai. Beb, love yourself first.




Kalau yang belum pernah bercinta, banggalah dengan diri korang. Korang berjaya mengawal perasaan. Memang tak dinafikan yang korang akan admire seseorang. Korang takkan tahu kat mana Allah letak jodoh korang. Dia mungkin bukan dari negeri korang, bukan dari kolej korang, malah, bukan bangsa korang. Who knows? And yang lebih amazing, mana tau jodoh korang tu sepupu sendiri, best friend sendiri, musuh sendiri. Who knows? Ada yang merancang jodoh, dan bahagia sampai ke akhir hayat. Ada yang putus di tengah jalan. Ada yang jodoh tak dirancang. Pengetahuan tentang dunia ni luas. Hanya Tuhan yang tahu semua yang tersirat. Yang penting, jangan mengeluh. Dekatkan diri dengan Tuhan. Berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang baik-baik.

Hati kita berasa sunyi, mungkin kerana hati kita lupa pada Tuhan.

Macam mana? Hati korang gembira tak bila baca ni? Seriously, aku tak tahu macam mana nak gembirakan hati orang (termasuk korang). Juga hati sendiri. Don't worry be happy.

Ja ne!

4 comments:

onigiri-chan said...

'Macam mana? Hati korang gembira tak bila baca ni?'

xperasan pulak

Kimmy said...

kenapa?

Abby<333 said...

nice post lah :D stuju sgt2..kite kene luv diri b4 luv org lain..xde butang share ek?

Kimmy said...

abby.. butang share? huhuhu.. kat mane yek? nanti kimmy edit balik.. ;D

Related Posts with Thumbnails