Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jul 30, 2010

Jangan Baca, Boring~

Assalamualaikum! 

Aiseh, terjumpa benda best kat blog Leiya-chan. And, tak sangka pulak macam kebetulan. Dah lama aku tak menggatal dengan 2 PM ni.


2PM is Your...
Name / Username 
Neighbour Nichkhun
Bestfriend Junho
Rival Wooyoung
Crush Nichkhun
Lover Taecyeon
Boyfriend Chansung
This cool quiz by hot_issue - Taken 347 Times.
Make Money Taking Surveys!

Haha! I really loves Taecyeon! ^^ Err, tapi perlu ke ada crush and boyfriend kalau dah ade lover?  Reject! Reject! Nak Taecyeon je. ;DD


p/s : Haha, kan aku dah cakap jangan baca?


Pejuang Hijab (Wanita Sedarlah!)

Assalamualaikum.

klik to read 



Dah baca dengan jelas dan difahami? Jika beliau sanggup menggadaikan nyawa demi nikmat syurga, untuk apa kita menggadaikan maruah demi nikmat dunia? Apa yang kita dapat daripada perbuatan salah yang kita anggap betul? Untuk apa kita agung-agungkan kecantikan di dunia sementara sedangkan Allah menjanjikan kecantikan abadi di dunia Akhirat?

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Kembalilah ke jalan Allah selagi kita masih bernyawa. Bila nyawa dah ditarik, menyesal tak guna. Astaghfirullahal'aziim.

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa, yang baik berterusan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, semoga esok lebih baik dari hari ini, semoga hari-hari mendatang lebih baik berbanding hari-hari semalam.


p/s : Aku tak ingin kembali ke hari semalam, aku ingin maju ke hari esok, dan lupakan kejadian semalam. Semoga esok lebih bermakna untukku, berbanding luka semalam.

source : Abg Ijal (semoga Allah mengurniakan jodoh terbaik untukmu)

Jul 29, 2010

Aku Ayu Berbaju Kurung (Contest)

Assalamualaikum! First contest yang pernah aku sertai. Sebelum-sebelum ni aku tengok dari jauh je bloggers buat contest and join contest. Hehe. 

Contest dari cik Iris ni dah lama bukak cuma aku je yang lambat-lambat nak join. Berhari-hari belek gambar dalam hard disk nak cari gambar aku berbaju kurung terbaik. Haha, well, aku suka baju kurung. Sejak kecil lagi aku dah diajar pakai baju kurung. Tak kiralah nak keluar main basikal ke, rendam dalam sungai ke, mesti baju kurung yang aku rembat. Lepas tu mulalah baju tu koyak rabak la, terkena minyak rantai basikal la.. habis tu asyik tersangkut kat rantai basikal. Teringat pulak zaman kecil molek dulu. Nak jugak upload gambar zaman kecik berbaju kurung tapi takpelah. Tak cukup kriteria untuk dilihat oleh korang. Heh.




So, inilah baju yang aku cakap dulu. Baju kurung putih yang suci yang aku bawak pergi majlis wedding Adah and Saiful di Sabak Bernam hari Sabtu lepas. Sesuai dengan tema wedding diorang, hitam and putih. Maka aku pun pilih warna yang sama jugak. Yelah, baju ni boleh la buat raya jugak. Tak payah beli baju dah. Pakai ni je. Lagipun aku tak lama beraya kat sini. Raya kelima/keenam aku dah nak fly balik ke Kaherah. Awal gila kelas start, tension aku.

Ah, out of topic!

So, nilah gambar yang aku pertaruhkan untuk contest baju kurung terbaik cik Iris. Cik Iris kena bagi menang ye? Hehehe.. Sesiapa mau join meh2.. belum terlambat lagi. Tarikh tutup contest ni 13/8/2010. Nak tahu lebih lanjut klik kat sidebar yang ada gambar cik Iris berbaju kurung.

Sekian, ja ne!

Jul 28, 2010

Bila Hati Aku Dah Takkan Cair Walau Guna Seterika Sekalipun.

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni tajuk aku macam gempak tak bersebab kan? Aku apply gaya tulis tajuk dari seorang blogger feveret aku. Har3. Bukan copycat ye, cuma apply idea. >.<

Aku pernah beberapa kali di'ayat' oleh kaum lelaki (yelah, kalau perempuan aku terus kasi pelempang je, i'm not les!). Jap, ni bukan entry mencapub ke perasan sendiri or whatever. Ni entry nak berseloroh dengan korang tentang pengalaman sendiri.

Aku bukan jenis melayan orang meng'ayat' ni. Takde kerja aku nak layan-layan. Tapi kalau bernasib baik dapat tambah kawan sekali. Itu objektif utama. Tapi, yang aku nak cerita kat sini, ada lah beberapa cara/habit yang digunakan yang aku rasa dah bosan and sangat malas nak layan.

Contohnya kan, sampai satu mesej, "Hai awak, buat pe?" Aku tak tau lah pendapat korang tapi bagi aku, nak je jawab, "Tengah solat, jangan kacau." Bunyi macam perli, tapi aku memang nak perli. Boring la aku nak jawab aku tengah buat itu, buat ini. Then, "Awak dah makan?" Ahh, tidak!!! "Tak makan, saya tengah puasa ganti." Aku nak jawab macam tu tiap-tiap hari boleh tak? Sebab apa aku kata boring dengan stail mesej macam ni, pertama, soalan yang sama ni akan keluar tiap-tiap hari. Tak bosan ke? Kedua, aku jenis tak berapa nak suka style mesej pendek2. Yelah, memang la SMS tu supposely short, tapi takde lah satu mesej, "Ape awak buat?" lepas tu, "Dah makan?" lepas tu lagi, "Kat mana?" Wah, hebat betul perasaan bengang kalau dapat mesej macam tu. Apa salahnya taip 2-3 soalan terus kan senang. Jimat la kredit dan duit anda. Jimat masa aku jugak nak membaca sekaligus and membalas. Sebenarnya aku tak suka orang tengok aku pegang handphone 24 jam asyik balas mesej. Tak cool. Kalau aku businesswoman takpe lah jugak. Kalau time tu mood aku tak best, terus aku tak layan je mesej korang. Sorry beb, aku bukan sombong, tapi agak bengang dapat mesej yang sama berulang-ulang.

Macam contoh yang kat atas ni, bagi aku, kalau asyik tanya soalan yang sama, macam tak ada perkembangan dalam relationship. Tak kira la niat asal dia nak meng'ayat' ke or just want to be a friend, tak ada variations la dalam communications. Dah kata nak kenal, tanya la sikit-sikit personal questions cth : mak nama apa ke, lahir dulu duduk katil no. berapa ke, kakak single ke tak. Best jugak nak jawab. Tapi slow-slow la kan, tak perlu nak tanya semua dalam satu hari je. Nanti bila dah tau semua, dah takde modal nak bercakap pulak. That's why, jangan la mesej tiap-tiap hari 24 jam tanpa henti. Seminggu sekali ke best jugak. Nanti bila sunyi lama tak berhubung, baru rindu sikit. Hahaha, tapi benda ni takleh nak apply kat aku, korang pergi apply kat best friends korang ke kayh?

Yang jenis suka call orang pun aku malas jugak nak layan. Kecuali kalau aku pernah jumpa dia kat mana-mana ke, boleh tahan la. Aku cuma akan jawab call yang penting and orang-orang yang rapat dengan aku je. Kalau nak ajak bergayut sampai jatuh katil, sila cari monyet lain ye? Ni tak, baru sehari kenal dah call berjam-jam. Macam desperate pulak. Chill lah, friendship never ends.


comel tak chibi monkey ni?

Lastly, part yang paling buat aku bengang and tak suka. Bila diajak bercinta tapi ditolak mentah-mentah, terus tak nak kawan dah. Bila tanya, dia nak couple je, kawan taknak. Orang jenis macam ni aku agak anti lah. Tau la ada ego sendiri kan. Bila dah kena reject memang la agak jatuh maruah di situ. Tu la, jangan main tibai je tanya tak kena hari. Baru kenal terus nak couple tak boleh la kan. Berkawan la dulu kenal hati budi masing-masing, cari mutual emotions antara korang. Bila dah lampu hijau, ape lagi, masuk meminang terus. No need couple-couple lah. Ada yang dah bertahun-tahun berkawan tapi still tak ada perasaan tu, maknanya jodoh korang bukan di situ. Mungkin kat tempat lain. Kita tak tahu takdir jodoh. Yang penting, usaha.

Ouch, dah panjang aku membebel petang-petang ni. Yang penting, hati aku dah takkan cair walau guna seterika sekalipun. Ia dah membeku dan tersimpan jauh di dalam kerak roti High 5. Haha, ye lah aku berhenti bergurau. Apa-apa pun, untuk korang semua, cik K sayang semua lah!

Ja ne!

Jul 27, 2010

Benci betul bab ni.

Assalamualaikum.

Kosmo hari ini - "ISTERI CURANG BIJAK SIMPAN RAHSIA". Aku terbaca dekat news feed tadi. Dan oh, macam @#$%!# dah aku rasa. Yelah kan, aku perempuan jugak. Malu kat kaum sendiri.

Faktornya yang aku boleh fikir, yang pertama, memang perempuan tu yang bangang. Sengaja nak curang. Tak pun dia gersang sangat kot tak cukup kasih sayang suami. Suami sibuk tak sempat nak layan isteri, tak cukup bagi duit ke, dan banyak lagi. Itu semua alasan yang diberi oleh si isteri untuk curang pada suami.

Dalam akhbar tu disebut, antara puncanya ialah isteri banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Biasanya kalau career woman, masa hidupnya dengan kerja ialah lebih lama berbanding dengan keluarga. Tu bila dah ditolak waktu tidur. Disebabkan tu, probability untuk dia curang dengan rakan sekerja agak tinggi.

Dalam kes lain, ada wanita yang tak bahagia dengan suami. Suami mendera isteri. Faktor tu pun boleh buatkan isteri curang dengan lelaki lain yang kononnya prihatin dengan masalah yang ditimpa perempuan tersebut.

Let me be frank, dah yakin benar ke lelaki yang korang curang bersama tu lebih baik daripada suami korang?  Atau korang b@d$h sangat kot untuk percaya kepada lelaki lain berbanding suami korang. Mana tau lelaki yang korang curang tu hanya mencari keseronokan semata-mata, merosakkan isteri orang dengan zina. Banyaknya dosa yang dapat, zina lagi, nusyuz lagi. Hukum (hudud) zina bagi perempuan/lelaki yang sudah berkahwin ialah rejam sampai mati. Astaghfirullahal'aziim~

Pesanan kepada lelaki yang belum kahwin, teliti dulu peribadi calon isteri anda. Jangan main hentam je dah hangat bercinta sampai tak pandang kiri kanan dah, terus je kahwin. Hati-hati memilih bakal isteri. Tapi pesanan ni pun boleh diguna untuk para wanita. Bukan golongan wanita je yang curang, si suami pun ada yang curang.

Lagi pesanan untuk lelaki, jika ragu-ragu dengan isteri atau syak isteri curang dengan lelaki lain, beri nasihat dulu. Tunjukkan jalan agama untuk isteri. Kadang-kadang ada isteri yang tak cukup pengetahuan dalam bab agama. Maka, itu tugas suami untuk berikan didikan agama yang cukup untuk isteri dan anak-anak. InsyaAllah keluarga akan bahagia apabila diiringi dengan kemanisan agama.



source : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Ja ne~

Jul 23, 2010

Without words, i hurt myself.


Assalamualaikum.
Jangan terlalu mengejar bayangan orang. Jangan cintakan sesorang yang mustahil kamu miliki. Tapi, apakan daya kalau diri tak berhenti mempercayai akan wujudnya keajaiban bahawa jodoh akan bersinggah di situ.

I shouldn't have done that,
I should have pretended not to know
Like I didn't see it, like I couldn't see it
I shouldn't have looked at you in the first place
I should have run away,
I should have pretended I wasn't listening
like I didn't hear it, like I couldn't hear it
I shouldn't have heard your love in the first place
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised
Because it came without a word.
Why does it hurt so much?
Why does it hurt continuously?
Except for the fact that I can’t see you any more
And that you’re not here any more
Otherwise it’s the same as before
Without a word you made me know love
Without a word you gave me love
Because you took just a breath and ran away like this
Without a word love leaves me
Without a word love abandons me
Wondering what to say next, my lips were surprised

I never tried to stop dreaming. I never tried to tell you the truth. Serve me right.


Don't lie to people dear to you. It will hurt you both.



Entry syok sendiri.

Assalamualaikum!

Erm, nak bawak ke tak? Bawak ke tak bawak? Hais~ Serabut kepala aku fikir! Nak bawak laptop ke tak pegi KL neh. Aduss~ Kalau boleh taknak tambah beg. Herm... =.="

Herm.. =.='

ZzZzZ.. ~.~

Aiyark! Boleh tertido plak sambil fikir. Maklumlah ni first time entry keluar subuh hari ni. XD

Aku mau naik KL lah pagi ni. Flight Bas gerak pukul 9.30 am. Aku belum siap kemas lagi. Heh, sempat pulak mengadap internet. Esok ada gathering fasi yang dah lama aku tunggu-tunggu. Harap ramai yang datang. Mau kasi gegar sama Mid Valley esok. Wee~ Tak sabar betul. Hari Ahad pula wedding Adah and Saiful which i have mentioned before. Juga tak sabar tengok mereka berdua disatukan. Ah, indahnya cinta hingga ke jinjang pelamin... *mula berangan* Kemudian, tak boleh balik lagi. Nak settle hal borang SSLN and permohonan pinjaman JPA lagi. Ah, hidup tak pernah senang. Pergi ni pun gamble je. Malam ni lepak UK...M, malam esok lepak homestay, malam lusa? Err, belum plan lagi lah. Gilalah macam ni. Merempat aku kat negeri orang. Tuhan tolong lancarkan perjalananku~

So let the journey begins!

Ja ne!

Jul 22, 2010

Aku tak tahu macam mana nak gembirakan hati korang.

Assalamualaikum.

Tajuk entry bukan main gempak. Heh. Hai semua.

Aku pernah jumpa segolongan manusia yang mengeluh dan bersedih sebab takde pasangan hidup (kekasih).

First impression, huh, gatalnya. Sorry kalau terkena kat siapa-siapa. Aku pun bukan manusia sempurna. Aku nak cakap panjang pun tak reti jugak. Persoalan pertama, sebenarnya apa yang kita nak dengan punyai kekasih (couple)? Dan fikirkan persoalan kedua, apa yang kita dapat lepas punyai kekasih? Realitinya, dah macam budaya muda-mudi Malaysia untuk bercinta nak nak bila umur 10-25 tahun. Huh? 10 tahun pun dah pandai bercinta? Pengalaman sendiri. Err, jangan tanya.

Apa yang kita expect daripada kekasih kita? Nak dia dengar semua masalah kita? Nak dia penuhi segala permintaan kita? Mimpilah kau. Orang dungu je yang akan penuhi segala permintaan orang. Serius aku belum pernah jumpa manusia dungu. Nak tahu jugak macam mana nak deal dengan si dungu ni. Aku rasa yang dungu ni macam perempuan je yg banyak. Haha. Kalau takde hubungan yang rapat or sah, jangan harap orang nak layan kita baik-baik. Ada pun, untuk sementara je. Awal-awal, yelah, akan kupetik bintang untuk kau simpan. Bila dah dapat, ku berikan pelempang untuk kau ingat sampai mati. Jangan ingat dunia ni terlalu indah.

Apa yang kita dapat bila dah ada kekasih? Nanti setiap 5 minit phone korang masuk mesej. Nak berak lepas hajat pun tak senang. Kalau tak balas, kata sombong, taknak layan. Then merajuk. Huh, pantang betul aku kalau jenis yang merajuk ni. Lempang nak? Then, bila tibanya birthday korang yang tak sabar-sabar tunggu tiap-tiap tahun tu, tiba-tiba dia tak ingat birthday korang and tak wish pun. Worst, surprise date yang korang idamkan tak kesampaian bila dia dah janji nak keluar lepak dengan member-member kat kedai mamak or dah janji nak keluar shopping dengan girls. Hah, ni bukan merajuk dah, sakit hati sekali. Apa korang dapat? Sakit hati, geram, semua ada lah. Sibuk nak jaga hati dia, sampai diri sendiri pun terabai. Beb, love yourself first.




Kalau yang belum pernah bercinta, banggalah dengan diri korang. Korang berjaya mengawal perasaan. Memang tak dinafikan yang korang akan admire seseorang. Korang takkan tahu kat mana Allah letak jodoh korang. Dia mungkin bukan dari negeri korang, bukan dari kolej korang, malah, bukan bangsa korang. Who knows? And yang lebih amazing, mana tau jodoh korang tu sepupu sendiri, best friend sendiri, musuh sendiri. Who knows? Ada yang merancang jodoh, dan bahagia sampai ke akhir hayat. Ada yang putus di tengah jalan. Ada yang jodoh tak dirancang. Pengetahuan tentang dunia ni luas. Hanya Tuhan yang tahu semua yang tersirat. Yang penting, jangan mengeluh. Dekatkan diri dengan Tuhan. Berdoa supaya dijodohkan dengan orang yang baik-baik.

Hati kita berasa sunyi, mungkin kerana hati kita lupa pada Tuhan.

Macam mana? Hati korang gembira tak bila baca ni? Seriously, aku tak tahu macam mana nak gembirakan hati orang (termasuk korang). Juga hati sendiri. Don't worry be happy.

Ja ne!

Jul 21, 2010

New Experience!

Assalamualaikum. 

Ah, sekarang baru ada masa untuk menulis. Sejak 3 malam yang lepas aku asyik tidur awal jek. Pukul 2 pg tu dikira awal lah kan. Semalam family abang ipar aku ajak pergi tangkap ketam di pantai Kelulut, Marang nung! Hehe. Ni first time aku berkelah di tepi pantai bersama family malam-malam. Agak gelap tapi dah buat unggun api okey lah tu. Jom kita layan gambar-gambar ni.



Maklumlah, pakai camera handphone je kot.


Mana nak korek duit beli DSLR. XD


Tengok gambar mak aku samar2 je.


Huh, gambar bapak aku pun.


Uiks, apesal gambar tuan punye kamera cantik je... haha, mestilah nama pun tuan punya kan.


Kenal tak korang apa makhluk ni?? haa, tengok betul2.. zoom..zoom.. haaa, tu la namanya kepala ayam. Buat umpan ketam nanti.


Kepala aym tu dicucuk kat batang buluh. Nanti kat tengah laut tu, pacakkan je la buluh tu dalam pasir. Nanti banyak ketam berkerumun kat kepala ayam tadi.


Haa, ni umpan manusia, bihun goreng. XD


Eh, gediknye cik K nak mencapub dengan satay. Hais~


Hah, tu dia hasil tangkapan kami... har3


gambar penutup. ni baru lepas berendam dalam laut. ah, xde apa yg lebih best selain dari dapat berendam dalam air laut.. wee~ (ceit,rendam kaki jer.. dah terlalu besar nk berenang-renang di khalayak ramai ni.. kalau kat lata, air terjun boleh lagi)



Aktiviti kami malam tu menggamit memori mak aku semasa zaman beliau kecik-kecik dulu. Mak aku berasal dari keluarga nelayan. Tokki aku nelayan. So, zaman kecik-kecik dulu family dia ramai-ramai turun berkelah tepi pantai Tanjung Jara (dekat ngan Tanjung Jara Resort sekarang) malam-malam nak tengok penyu naik bertelur. Wah, bukan senang nak ada kenangan macam tu. One in a million je. Zaman sekarang penyu dah menangis dah. Dah kurang tempat dia nak bertelur. Banyak sangat pembangunan tepi pantai ni. Tu tak termasuk pencemaran laut and pantai lagi.

Moral of the story : Jaga kebersihan pantai kita. Lindungi tempat pembiakan penyu!

Ja ne!

Jul 18, 2010

Huh? Bogel? Yek!

Assalamualaikum!

Sambil goreng ikan buat makan malam petang semalam, aku bukak la TV3 ada rancangan Fuh yang dihoskan oleh Awal Ashaari (oh, hensem jugak kamu ni). Heh, lari tajuk.

Maka keluarlah isu artis lelaki berbogel dalam filem. Oh? Apa yang peliknya? Tak ada yang pelik dah. Malaysia kan boleh. Salah satu komen seniman dalam temubual Fuh yang aku still ingat. "Tak elok la, kita kan orang Timur". Ada lagi, "Kalau memenuhi kehendak filem rasanya DIBOLEHKAN la".

Hoi, mazhab mana yang kau pakai yang membolehkan berbogel di khalayak ramai? Dan, ini takde kaitan kita orang Timur ke Barat ke Tengah ke. Persoalannya, kita ni Islam ke tak? Kita dah belajar Pendidikan Islam zaman kecik-kecik lagi yang aurat lelaki bermula dari paras pusat hingga ke lutut dan aurat perempuan bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kecuali muka dan tangan (kalau boleh sepatutnya kena tutup muka and tangan pun). Ke ada yang skip subjek Pendidikan Islam?

Dah la tak tutup aurat, tunjuk di khalayak ramai pulak tu? Kalau body cantik xpe jugak. Hais~ Nama dah islam, tapi diri kita ni islam ke tak? Sedar-sedar la. Kita bising-bising pom pam pom pam menentang serangan Israel. Tapi apa dah jadi dengan mentaliti kita yang nak ambil contoh negatif AS (sekutu Israel) yang buat filem bogel sana bogel sini? Apa yang kita dapat? Dosa adalah.

Ni yang perempuan pulak, wei, sejak bila aurat kita (aku jugak) ni dari atas dada hingga ke peha? Berkemban sana, berkemban sini. Cantik sangat ke? Dapat dosa adalah. Dah la diri sendiri dapat dosa, orang yang memandang dengan ghairah pun dapat dosa. Tak ke dua kali ganda dapat dosa?

Apa yang aku dapat kalau aku bising-bising kat sini tapi pihak yang sepatutnya tak tahu menahu pun pasal kewujudan blog aku nih? Nasihat aku kepada bloggers, silent readers, followers sekalian,, meh la sama-sama kita kembali ke jalan yang sepatutnya. Kita hidup untuk mati. Amalan di dunia, hanya untuk ditimbang di akhirat sana. Jadi, jagalah amalan kita. Jangan sampai Allah murka dan turunkan bala, masa tu baru merangkak nak minta ampun. Kalau dah terlambat, taubat tak diterima, diri sendiri yang menyesal.

Chill lah, k?

p/s : Setakat yang aku tau, satu je situasi di mana berbogel tu boleh. Untuk perubatan, boleh la.

p/s/s : Apa-apa pun, meh kita skodeng ibu-ibu ayam ni berbogel. Dosa tak dapat. Ahaks!


kepak! pak! pak! pak!

Ja ne!

Jul 17, 2010

Cinta datang dan pergi... part 2

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Harap sihat-sihat semua okey?

Entry ni sambungan dari part 1 hari tu. Empat entry yang lepas tak silap aku.

Cinta yang suci dan abadi

Aku ada terbaca dalam surat khabar satu tajuk buku ni : "Jika Allah mencintai hambaNya, tahukah kita membalasnya?". Tapi aku belum pernah baca pun, cuma disebabkan tajuknya aku dapat idea baru. Kita dah sedia maklum, Allah mencintai kita. Maka kita pun kenalah membalas cinta yang diberikanNya. Bagaimana? Dengan taat segala perintahNya. Ayat ni mudah je. Tapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab sebagai seorang hamba untuk membalas cinta Allah.

Macam mana pulak dengan cinta manusia? Sama je konsepnya, kalau orang sayang kita, kita kenalah membalas cinta mereka, setuju? Macam mana? Kita dengar cakap mereka, buat apa yang mereka suruh. Konsep yang sama, tapi berbeza ganjarannya.

Cinta memerlukan pengorbanan

Cinta kepada Tuhan menuntut pengorbanan yang besar dalam hidup. Pengorbanan masa, harta, jiwa, semualah. Kita beribadat, berdoa.. kita serahkan jiwa kita kepadaNya, bergantung harap kepadaNya, meminta belas simpati daripadaNya. Cinta kepada manusia, boleh ke kita macamtu?

"(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui" [61:11]

Couple

Aku tak pandai nak elaborate tajuk hot ni. Sebab dah terlalu ramai bloggers yang ulas tajuk ni. Semua sama je. Dah muak baca. Hehe. Sayangi diri anda sebelum menyayangi orang lain. Dilema couple.. aku dah jumpa 3 jenis manusia setakat ni. Firstly, orang yg couple, break, then nak couple lagi. Jenis ni yang tak boleh hidup tanpa ada pasangan. Macam, takde orang sebagai tempat untuk mengadu. Second, orang yang couple, break, then dah serik. Yang jenis ni, sama ada pendirian dia dah berubah, atau dah bosan. Third, orang yang couple, tak break2 sehingga ke jinjang pelamin. Haha, yang ini, habis cerita.

Bosannya tajuk couple ni. Sama bosan macam melaluinya. Zaman muda hanya sementara. Kalau muda-muda ni tak nak bertaubat, susah dah nak bertaubat tua-tua karang. Malu dah nak bertaubat tua-tua. Percaya cakap aku, aku dah tengok dan walking through other's life macam-macam dah walaupun umur aku baru 20. Baru setahun jagung. Experience makes me matured.

Nanti bila kita dah punya anak, dah jadi tugas kita mendidik anak-anak. Kita nak didik anak-anak jauhi couple, tapi kita zaman muda-muda dulu, couple bagai nak rak, tanpa sebarang batasan. Kita mesti akan malu pada diri sendiri, sungguh!

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32).


Dari Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Jika seorang laki-laki berzina maka iman yang ada pada dirinya keluar darinya seperti bayangan, jika dia berhenti maka iman kembali kepadanya.” Diriwayatkan oleh  dan al-Hakim. Hadis ini dishahihkan oleh al-Hakim 

Al-Quran dan hadis dah menyatakan hukum, tapi ada lagi yang still nak cari dalih. Bayangkan jika iman keluar dari diri kita. Betapa semua orang inginkan merasai nikmat iman, kita pula suka-suka menurut nafsu membuang iman dari diri kita.


Part ni aku agak lama untuk aku siapkan. Aku still tak puas hati sebab belum habis mencari bukti dari sumber aku tu. Dan part ini juga lebih kepada cinta kepada Maha Pencipta berbanding kepada manusia. Ai, rasanya macam akan wujud part 3, tapi nanti lah. Belum cukup reason untuk sambung lagi.

Quote baru cik K : Cinta kepada Manusia, cinta datang dan pergi, Cinta kepada Allah, cinta kekal abadi.

Ja ne!

Jul 16, 2010

Alahai.. perempuan sila baca!

Assalamualaikum!

Cut the formalities~

Aku nak tanya korang ni (actually kaum perempuan), agak-agaknye lah, sopan tak kalau aku keluarkan ayat :

Oh, fuck you! Fuck this thing! I'm fucking hate it/him/her/them! What the fuck are you talking about? Oh, shit! Ass!

Pergh, ni kalau mak aku yang dengar ayat ni keluar dari mulut aku secara sengaja, memang 2-3 hari aku jalan senget sebelah sebab kena tempeleng.

Oh manusia, takde perkataan lain yang lebih cantik lagi ke nak digunakan daripada kata-kata hina ni? These words are offensive, you already know, right? Kalau dah tau kenapa asyik guna je? Nak nak perempuan ni ha. Aku tak pasti apa yang best tentang perkataan2 ni. Kenapa? Nampak la sikit korang ni kasar ye? Kasar, mencarut pulak tu. Ingat orang suka? Orang tak berapa siuman je yang suka dengar perkataan2 ni.

Yang aku tak boleh belahnye yang banyak guna perkataan2 ni ayu, bertudung, luaran memang pergh wa cakap lu lah cantiknya. Tapi kesian, perangai pulak tak seindah luaran. Korang ni kan semua cun, cantik, jelita ape semua, perangai kasi lah elok. Orang mungkin tak tegur korang, tapi akan cakap-cakap belakang. Tak pasal-pasal banyak fitnah pasal korang atas kesilapan diri sendiri. Nak salahkan siapa?

Sesiapa yang terasa, silakan la terasa. Ubah la perangai kita ke arah kebaikan. Jangan disebabkan kita hanya menulis di blog, orang tua kita tak baca, tak ada orang ambil kisah. Orang akan mark kita senegatifnya. First impression manusia selalu banyak ke arah "Oh, he/she's not that good, heh." Jadi, kita perlu ubah personaliti kita supaya first impression manusia bertukar menjadi "He/she's impressive! It's nice to meet him/her." First impression ni perlu, even dalam dunia blogging.


Modified sikit : Kerana mulut dan jari, badan binasa

Aku pun selalu jugak termencarut ni. Kalau orang kasi aku panas baran, ada la yang keluar dari mulut. Astaghfirullah... Diri sendiri pun punya kelemahan. Dan masih berusaha memperbaiki diri, disamping berpesan-pesan kepada sahabat2 semua.

Apa yang aku cakap kat atas ni, semuanya benar dari sudut logik akal aku. Sorry kalau terasa. Aku memang aim untuk korang terasa. Kalau tak terasa, macam mana nak mengaku kesilapan diri sendiri, kan? Mengakui kesalahan diri adalah perlu, supaya kita cepat berbalik ke landasan yang sepatutnya.

Jul 15, 2010

A Full Day in Kelantan...

Assalamualaikum!

Ape khabar? Hari Selasa semalam aku menghabiskan seharian di Kelantan negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang si cantik menawan.  Haha, xperlu la nak mention lebih-lebih kan. Mengade je. 


Cube teka kat mana signboard ni terletak...

Tujuan kami ke Kelantan ni ada 2 sebab yang besar, bak kata mat salleh, major task. Firstly, ke HUSM Kubang Kerian. Aku ada appointment dengan doktor lah, and nak sambung ubat. Eh, jap, cik K sakit ape? Nak tau, nah jenguk entry berhabuk gua. AVM The Silent Killer.




Hohoho.. entah kenapa, aku dah bosan dengan bau ubat.



Hah, tangkap, jangan tak tangkap.

Lepas habis kojo kek HUSM nu ha, merayap la pula ke bandar Kota Bharu. Major task kedua : Ambik mesin sulam. Oh, bukan mak aku yang menyulam, kakak aku. Aku sempat la tido 15 minit kat kedai orang sambil tunggu kakak aku belajar guna mesin sulam tu. Malu der aku,, mana-mana je boleh tido. Nasib baik takde orang snap gambar tido aku, kalau tak memang nak kena sumpah la tu.

Lepas tu, kami merayap pula ke pasaraya aku lupa namanya tepi kedai pak dinku (Mydin). Maka, sesi menangkap barang shopping pun bermula. Ala, ape je, seluar anak buah aku je yg ditangkap. 

Kemudian, merayap lagi mencari makan kat bazaar belakang kedai pak dinku tadi.


Eh2 budak ni menyibuk pulak. (anak buah aku)

Setelah minyak diisi penuh, apa lagi, round lagi lah. Untuk sesi malam pula, kami lepak di KB Mall. Hasil tangkapan aku, sepasang baju kurung untuk ke wedding Adah & Saiful nanti. Weee~ Nanti aku tunjuk baju tu nak gune buat contest baju kurung cik Iris. Ala, apa-apa pun aku tetap perempuan...korang je nampak aku kasar kat luaran. ;D


Alamak, kantoi beli baju kurung kat First Lady. Oh tak2, aku biasanya tak beli baju kurung. Baju kurung aku semuanya hasil titik peluh and air tangan mak aku. Bestkan pakai hasil kasih sayang mak? Tapi yang ni express punye. Malas nak suruh mak aku buat. Kesian dia dah la sedang ligat menceburkan diri dalam bidang business sekarang. (Ayat skema)


Oh, kak, jaga-jaga. Nanti terkeluar anak dalam perut tu susah pulak. Hehe. Aiyo, aku bakal menimang anak buah yang keenam! Aku dah jadi auntie sejak berumur 7 tahun lagi. XD



Isy, jangan kacau ai makan lah. Comel kan? Tak sangka aku KB Mall ade pet shop. Jadi 'darat' sekejap.


Tengok anak mak. Tinggi dari mak dah tuu..



Family kakak nombor 2 aku and mak.


Result dah keluar. Alhamdulillah syukur kepada Allah Tuhan yang memberi rezeki kepada hambaNya. Aku dapat Jayyid Jiddan. Bolehlah mohon Yayasan Terengganu nanti. InsyaAllah adalah rezeki untuk orang bermusafir jauh ni. =)


p/s : I'm working for the entry Cinta datang dan pergi part 2 yang mana sambungan dari entry lepas. Sebab aku dah janji nak kemukakan hujah dari sumber yang sah, so aku sedang pening membelek dan menyelongkar sumber ini. That's why sambungan ni agak lambat dari biasa.

Sebelum aku mengakhiri entry ni, marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kekasih awal dan akhir. Semoga baginda memberi syafaat kepada kita di negeri Akhirat kelak.


till then,, ja ne! =)


Jul 13, 2010

Aku sedih.. ek?

Assalamualaikum.

Result dah keluar. Tapi akan diemel dalam 3-4 hari lagi oleh pihak universiti. Part yang sedihnya, nama aku takde dalam list 12 orang yang mumtaz. Dan ya, aku sedih giler2 sampai tak boleh tidur.

Still, aku nervous lagi sebab result yang precise masih belum keluar. Alhamdulillah sebab takde orang yang kena repeat year. Tapi ada 15 orang yang perlu reseat paper. Aku taknak tergolong dalam kalangan yang kena reseat paper ni.

p/s : Semoga aku dapat Jayyid jiddan.

p/s/s : And tahniah kat onigiri-chan kerana dapat result mumtaz. Mabruk 'alaiki.

T_T

Jul 9, 2010

Jom kita check-in hotel berhantu!

Assalamualaikum... How are you? I hope you're in a pink of health! Waa, dah lama tak apply bombastic words dalam entry. Heh. Tak nak cakap panjang, aku nak review satu online game yang boleh tahan thrill jugak la. Ni first time aku review game. Hehe.


Game Hotel 626 ni dicipta oleh syarikat Doritos Snack. Korang pernah tengok tak makanan ringan yang jenama Doritos tu. Haa, tu la dia.


Sebenarnya game ni dah lama. Cuma aku rasa mungkin ramai lagi yang belum pernah check-in game ni. Game ni berkisar tentang kewujudan hantu dalam sebuah hotel. Actually game ni senang sangat. Aku tak nak bagi hint untuk game ni. Korang pandai-pandai la find out sendiri. Cuma satu je : Guna gerak hati anda dan ikut arahan yang ditulis.



Game ni menggunakan application mic, webcam, and sound. Bagi yang perempuan tu, don't worry sebab webcam tu dia cuma untuk ambil gambar untuk kegunaan dalam game ni. Apa-apa pun, sound and mic sangat penting dalam game ni.



Ni antara review2 gambar yang aku boleh tunjukkan.







Exorcised baby. Part ni best bagi aku.


Untuk main game ni, seperti biasa korang kena register dulu.


PERHATIAN : 

Game ni hanya dibuka dari pukul 6 PM hingga 6 AM je. Haa, gimik la tu nak suruh korang main game ni malam je. Tapi, ade trick untuk mereka yang pengecut and mereka yang tak sabar-sabar nak tunggu malam. Korang tukar je la timing jam laptop/PC korang. Yang penting antara jam 6 ptg hingga 6 pagi. Heh, tak payah la. Main je malam pun. Korang semua kan berani.



PESANAN CIK K : 

Kalau korang mahukan pengalaman best and thrill main game ni, pasang la kuat2 sound tu. Kalau boleh, pakai head phone. Pergh! Gempak la wa cakap lu. Kalau terkejut tu sure terangkat la korang. Hahahahahaha.

Amacam? Ade berani? Heh. Click link di bawah! Dan kalau korang rajin and baik hati, bagitahu la aku pengalaman korang bermain game ni dalam comment. Meh kita pakat2 share. Hehe. Okay, selamat bermain!


Jul 8, 2010

Cinta datang dan pergi... part 1

Assalamualaikum!


do you see my wishing star?

Sesiapa saja pernah bercinta. Tak kisah la couple atau tak, yang penting pernah menyintai seseorang. Perasaan tersebut wujud di dalam setiap manusia. Perasaan ingin menyintai sesuatu/seseorang.

Meluahkan perasaan

Cinta tak perlu diluahkan. Cukup dengan attitude anda mengambil berat orang yang anda cintai dan kasihi. Kadangkala anda tak perlu meluahkan perasaan cinta anda kepadanya. Tak perlu ayat i love you pun. Tapi, manusia ni kadang-kadang dungu jugak. Tak faham-faham. Or saje mengada-ngada buat tak faham and meminta-minta diluahkan perasaan itu. Biasanya perempuan la tu, saja nak mengada-ngada nak dengar ayat ai lap yu dari mulut orang yang disayangi. Nasihat aku kepada para perempuan, tak payah la. Nanti anda dikatakan gedik dan manja terlebih. Haha. Kalau yang jenis dungu tu, better let it out. Biar perasaan tu crystal clear kepada mereka.

Sebab bercinta (Teenages)

Kebanyakan remaja pastinya ingin sekali memegang status "In a relationship". Tak payah tipu, semua orang tau. Kerana apa anda ingin bercinta? Untuk menjadi terkenalkah? Anda rasa bosan? Taip ON CINTAN ke 333XX. Haha, sorry gurau-gurau. Tak ada maknanya bila anda bercinta nanti famous semua orang kenal. Jangan dikenali ramai kerana perbuatan tak baik kita, tetapi dikenalilah kerana kebaikan anda. Haa..

Anda rasa lonely? Tiada tempat untuk mengadu nasib. Tapi kena ingat, tempat yang sebenar-benar untuk bergantung hanya kepada Allah. Kita makhlukNya. KepadaNya lah kita mengadu nasib dan meminta belas kasihan.

Bercinta kerana sayangkan dia. Memang anda saling menyayangi. Tetapi saluran yang salah. Bercinta bukan hanya setakat waktu muda-muda. Cinta kekal sampai ke syurga. Mampu ke anda menyintai pasangan anda sehingga ke akhir hayat? Oleh sebab tu lah tak boleh senang-senang je kita nak main hentam je bercinta. Tak boleh main test. Touch and go ape sume. Pilihan kena betul. Kan nak hidup bersama sehingga ke akhir hayat.


Anda ada sebab untuk bercinta? Sila kemukakan pada aku. Mana tau sebab korang tu boleh pakai. Untuk part 2 nanti aku akan sambung dengan beberapa hujah dari sumber yang sah.

Ja ne!

Jul 6, 2010

Can I Taste Your Blood?

Assalamualaikum!

How are you? Hopefully you're having a great day and enjoying your every seconds of your life. Ah, I read this from my follower's blog, Leiya-chan. Just about the personality of a person according to your blood type. It may not be all true, but it is kind of interesting, for me.


Type A: The Farmer

Speaking broadly, it is said that people with Type A Blood are calm, composed, level-headed, and very serious. They have a firm character, and are reliable, trustworthy, and hardheaded. They are shy, introverted perfectionists. They are considerate to others and don’t easily lie. They are loyal to friends and co workers. They can be secretive, though, and don’t often share their feelings. They try to suppress their own emotions, and because they have continual practice in doing this, they appear strong, when, in actuality, they have a fragile, nervous side, as well. They tend to be hard on people who are not of the same type, and consequently, tend to be surrounded with people of the same temperament. They also don’t hold their liquor well. Type A’s are the most artistic of the groups. They can be shy, cautious, conscientious, reliable, trustworthy, and sensitive. They can also be overcautious, picky, arrogant, and reckless when drunk.


Type B:The Hunter

People with Type B Blood are curious everything. That may be good, but they also tend to have too many interests and hobbies. They tend to get excited about something suddenly only to drop it again just as quickly. They seem to manage to know which of their many interests or loved ones are truly the most important. B Types tend to excel in things rather than just be average, but they tend to be so involved in their own world that they neglect other things. They have independent spirits with strong personalities. They have the image of being bright and cheerful, full of energy and enthusiasm, but some people think that they are really quite different on the inside. They also don’t really want to have much personal contact with others. While they don’t care what others think of them. They are extremely passionate about the things they hold dear. Type B’s are the individualists of the blood group categories and find their own way in life. Type B personalities can be curious, bright, cheerful, enthusiastic, independent, sensitive, and unpredictable. They can also be superficial, unreliable, selfish, unpredictable, indiscreet, lazy, and impatient.

Type AB: The Humanist

Type-AB people are an unpredictable, distant lot, but tend to use their heads over their hearts. They are good with money. Type AB’s are the split personalities of the blood groups. They are considerate of other people’s feelings and deal with them with care and caution. On the other hand, though, they are strict with themselves and those close to them. They, therefore, seem to have two personalities: one for those “outside,” and another for people on the “inside.” They often become sentimental, and they tend to think too deeply about things. AB Types have a lot of friends, but they need time to be alone and think things through, as well. They can be both outgoing and shy, confident and timid. While responsible, too much responsibility will cause a problem. They are trustworthy and like to help others. Type AB personalities can be sensitive, considerate, careful, and efficient. They can also be strict, moody, easily offended, critical, and standoffish.

Type O: The Warrior

Type-O people are outgoing, expressive, and passionate. They are highly motivated, natural leaders. Blessed with a strong physical presence, they aren’t afraid to gamble because they are so convinced they’ll win. Type O Blood people are said to set the mood for a group and to take on the role of creating harmony among its members. Their image is one of being peaceful and carefree. They are also thought to be big-hearted and benevolent, and they tend to spend money on others generously.They are natural athletes. They tend to be obsessive in their quest for success, and this can make them boring to others. Type O’s are outgoing, and very social. They are initiators, although they don’t always finish what they start. They appear to be levelheaded and trustworthy, but they often slip and make big blunders inadvertently. That is also the what makes O Types lovable. Creative and popular, they love to be the center of attention and appear very self confident. Type 0 personalities can be carefree, generous, independent, flexible, idealistic, goal-oriented, athletic, competitive, and adaptable. They can also be clumsy, flighty, jealous, greedy, unreliable, obsessive lover, vain loudmouths.


Romantic Compatability by Blood Groups:

A is most compatible with A and AB
B is most compatible with B and AB
AB is most compatible with AB, B, A and O
O is most compatible with O, and AB


Source: The Great Geek Manual
Copied from: Leiya-chan (thanks ya!)


p/s : I'm the Warrior. How about you?











Sawang bukan sewang ye?

Assalamualaikum!

Apa khabar orang kampung Malaysia? Orang kampung Egypt macam mana pulak? Hehehe.

Wah, gembiranya hari ni baru dapat online. Dapat berukband baru la kononnye. Oh-oh, okey aku eja betul-betul kali ni. Broadband. XD Cuma line dia lambat sikit, ah tak apa asalkan boleh online.



Berukband Broadband Celcom Special Edition~


Mak

Mak aku cakap aku dah kurus. Macam tak cukup makan pun ada. Aik, aku makan punya la banyak dia cakap tak cukup makan? Adeh~~ Ahha, kan kat sana hari tu musim panas, so memang frekuensi makan tu berkurangan sikit dari biasa. Tapi, aku gembira dengan komen tu. Yahooo!

Seperti biasa, and seperti yang aku jangkakan, dia membebel seperti biasa kat telinga aku. Apa saja benda masuk dalam telinga aku 3 hari ni. Gajah, rimau semua masuk dalam telinga jugak. Biasalah...mak. Takde orang lain dah sanggup dengar dia membebel. Aku je. Hehehe.

Manga

Ya,, ini favourite hobby ku. Lepak-lepak atas katil ditenggelami komik2 manga Jepun ku. Muahaha! Nasib baik mak aku tak buang. Faham jugak dia feveret anak dia sorang ni. Heh. Bila komik dah penuh atas katil, laptop pun atas katil, beruk band pun ada, dah complete hidup ini (untuk sementara ni je lah kan). XDD

Jalan-jalan

Ini... aku belum buat plan betul-betul. Tapi yang pasti akhir bulan ni aku nak ke Selangor. Wedding kawan aku, Adah and Saiful. Wah, dah nak kahwin dah diorang. Sweetnye. Rasa jealous pulak aku. Takpe, sabar. Tanggungjawab aku yang ni belum habis. Belum boleh pegang tanggungjawab baru lagi. Dan 'chance' itu belum ada lagi. XD

And, alang-alang dah pergi Selangor, insyaAllah aku akan naik KL jugak. Nak wat gathering dengan adik-beradik fasi lah. Dah lama tak jumpa, rindu la den. Huhui! Lepas tu kena date dengan bestfriends aku jugak, Farizz, Farhan, Maryam and lain-lain. Haa,, Rasanya ada la 4-5 hari jugak aku kat sana nanti. Ni cuma perancangan je la dulu. Kalau diizinkan Allah... =)

ICDL

Ape tu ICDL? International Computer Driving License. Aku pun tak tahu sangat untuk apa ICDL tu sebenarnya. Tapi bila baca blog MedicMesir, dia cakap wajib untuk semua mahasiswa/wi di Mesir. Hais~~ Nak kena pergi training ni kena pakai duit lagi. Banyak pula tu. Pening daa aku. Then training dekat UPM. Kena pergi lagi walaupun sekejap. Herm. Nak kena tanya orang ni.

Tu saja untuk kali ini. Jaga diri. Take care! Bye~

Ja ne!

Jul 3, 2010

Next Stop : Terengganu! XD


Assalamualaikum!

Aku dah sampai di Malaysia! Sungguh, aku rasa bersyukur and lega gila sebab berjaya melepasi satu dugaan yang besar dalam hidup aku. Dengan kesihatan aku yang tak berapa elok tiba-tiba demam and then sakit perut cirit-birit lagi. Ah, bayangkan aku dua kali masuk toilet dalam flight! Tu pun aku bertahan je la. Transit di Doha yang tak berapa nak happy sebab tak sihat. Sorry ye Madihah..sepanjang kita journey terbang bersama, ai banyak susahkan yu. Nak buat macam mana dah takdir aku nak sakit tiba-tiba.

Tapi apa-apa pun, Alhamdulillah sebesar mana pun dugaan menimpa, akhirnya sampai jugak aku di tanah air.


Doha, Qatar

Doha punya barang duty free memang murah! Kat sana banyak gila branded perfumes yang boleh tahan murah harganya kalau nak dibandingkan bila anda shopping kat sini (Malaysia). Disebabkan aku sakit, so tak jalan mana sangat la. Round2 kawasan perfumes survey harga dulu then duduk je. Nanti la bila aku pulang ke Egypt semula transit sekali lagi ni aku akan beli something. InsyaAllah kalau ada duit. Ouh, ramai gila orang Malaysia kat Doha, ada makcik pakcik yang baru balik umrah transit kat Doha, and naik flight sekali dengan kitorang.


with Meha


sempat online kat Doha airport


ni antara kawsan perfumes, sebenarnya luas lagi tempat ni...


Isu tandas

Ya Allah, Doha airport punya toilet macam takde pekerja. Sampah, tisu ape ntah merata-rata atas lantai. Kata Qatar Airways 5 star, airport pun kena la 5 star jugak. Hais. Lepas tu sampai di KLIA pulak, pergi toilet, eh apasal air toilet hitam semacam? Nak membuang pun tak sampai hati limpa perut semua. Giler arh, ada berlaku pencemaran air ke sekarang kat Malaysia?


Lastly, aku rindu sangat dekat Wiwi. Serius! Kalah rindu aku kat boyfriend. Ahaha, ye la sangat kan. Siapa boyfriend aku, aku pun tak tau. Haha. Hais~ semoga dia jumpa tempat untuk dia cari makan. Sob2. Tsk!


i'll be missing you always, Wiwi~ T_T


Flight back to Terengganu : 3 July 2010, 8.00 PM

Ja ne!

Jul 1, 2010

This is the last!

Assalamualaikum!

Pernah dengar lagu 'End of Me' dari Marion Raven tak? Dah lama dah lagu tu. Zaman aku lompat pagar sekolah tu. Eh, tak la. Aku tak pernah lompat pagar sekolah. Pagar sekolah tinggi tuh. Macam tembok China. Hehe. Back to the topic, lagu tu best. Kalau yang tak pernah dengar tu cubalah dengar sekali. Aku pun tak pandai nak describe genre apakah lagu tu. I just love music. I don't care what genre it is. As long as it is fine with my ears. XD.


Marion Raven


Tak ada sebab pun aku tulis pasal si Marion Raven tu. Saja aku tetiba teringat kenangan lama *cehs*


Ooh, sungguh nostalgic bila fikirkan balik yang aku ni bukan lagi budak sekolah. Dah 3 tahun rupanya aku tinggalkan bangku and meja sekolah. Padahal masa kat sekolah dulu hati meronta-ronta nak habis sekolah cepat. Biasalah kan, ayat stereotype. Well, i love stereotype. Manusia itu sama tapi tak serupa. Wah, memang rindu gila zaman sekolah dulu. Rindu nak ponteng kelas, rindu nak tidur waktu perhimpunan, rindu nak curi-curi baca komik belakang kelas and waktu habis sekolah, rindu nak keluar pergi beli bihun goreng kat kedai makcik tepi pagar sekolah, rindu bungkus barang haram macam hadiah bagai la, macam-macam lagi lah. Aku boleh tahan nakal jugak masa di sekolah dulu. Tapi nakal diam-diam. Heh.


Dan, aku lagi rindukan zaman sekolah rendah. Macam heaven! Main tak ingat dunia. Hehe. Tapi zaman sekolah rendah aku tak nakal, maklumlah innocent lagi kan. Tapi aku pelik, kenapa kita tak buat salah masa kita innocent tapi bila dah akil baligh kita selalu buat salah ye? Soalan ni aku tujukan kepada diri sendiri jugak ni. Haah, kan. Kenapa ye? Hmm,, ada manusia bijak pandai yang boleh tolong jelaskan tak?


Aku balik Malaysia esok. Flight pukul 6.30 pm waktu Mesir. Touch down Malaysia insyaAllah petang esoknya (Jumaat). Transit 4 jam di Doha, Qatar. Nasib baik ada jugak boyfriends yang balik sekali. At least, kalau ada apa-apa boleh mintak diorang tolong. Itulah gunanya kawan. Takde la aku berdua je dengan Madihah. Risau jugak kami ni perempuan. Hehe. Ah, bersedialah aku untuk journey yang panjang dalam flight nanti. Phew~

So, dengan ini, insyaAllah ni adalah entry terakhir aku taip di tanah Mesir. InsyaAllah panjang umur aku akan menulis lagi di tanah ni September akan datang.

Satu lagi isi penting yang aku hampir tertinggal, aku dah hantar Wiwi ke KLCC. Aku tak tahu macam mana perasaan dia sekarang. Semoga dia still ingat lagi tempat asal dia sebelum kitorang ambil dulu. Serius aku sedih woo. Sedih gila. Ye lah aku rapat ngan Wiwi. Walaupun dia kucing, tapi hilang dia aku rasa macam hilang sorang kawan rapat. Bukan sebelum ni aku tak pernah bela kucing, tapi dulu kat rumah banyak bersepah-sepah kucing sampai pening nak layan mana satu. Kat sini pulak aku bela dia seekor je. Memang dia je la tempat lepas geram, bermanja-manja semua. Sekarang dah tak ada dah. Harap-harap dia pandai la jaga diri dia lepas ni.

Fuh~

CityStars dah jelajah. IBC dah serang. Ape lagi, jom kita berangkat pulang.


Next Stop : -


  • Doha, Qatar
  • Malaysia
  • Terengganu
  • Rumah
  • Mak


Ja ne~~ T_T
Related Posts with Thumbnails