Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jun 29, 2010

Kena sound? Huh, probably... =)

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Wah, kuatnya aku jalan-jalan sejak habis exam. Hehe. Dah nak balik dah pun apa salahnya kan? Nanti balik Malaysia sambung lagi jalan-jalan kat sana pulak. Yes!

Aku belum habis penat dari balik hantar Kaname kat Zul. Sila jaga si hamster chan tu betul-betul ye Zul. =) Tinggal la lagi satu problem nak hantar si Wiwi pula kat KLCC. I wonder ustaz kat situ ingat lagi tak kitorang yang mengangkat Wiwi jadi anak angkat. Harap-harap dia ingat lagi lah.

Semalam aku ke Hussein membeli barang dan membelah duit. Mak, ai dah jumpa asam and habbatus sauda' yang yu nak. Nor, sorry ai tak jumpa air zamzam and apricot. Rasanya takde la kat sini.

Apa-apa pun, duit rumah sewa kena bayar dulu untuk 3 bulan sepanjang kami balik Malaysia ni. Adeh, malas gila nak pergi cucuk duit. Hais~

Oh, lupa tentang tajuk entry aku ni. Takde apa2 sangat pun, just mak aku sound kuat sangat jalan2...hari ni aku dapat mesej first dari dia, "Hari ni pergi jalan mana pulak?" Amboi, tak ke aku terkena bila baca mesej macam tu. Ala, mak macam tak tau anak ni macam mana. Kaki ukur jalan. Bukan perempuan jalanan ye. Agak kelainan di situ.

Jadi, kalau nak diikutkan list aku :


  • Alexandria
  • Asfour Crystal
  • Hussein
  • Tanta
  • CityStars
  • IBC
  • Doha, Qatar
  • Malaysia!
  • Terengganu!!
  • Rumah!!!
  • Mak!!!!

Hehe. Ja ne!


Flight Back To Malaysia : 3 days to go!


No comments:

Related Posts with Thumbnails