Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jun 27, 2010

I'll pass!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. =)

Kata nak update semalam tapi tak jugak. Penat jalan-jalan. Heh.

Aku pergi jugak ke Alexandria petang Khamis tu. Akhirnya. Kalau ikut plan asal tak nak pergi tapi disebabkan risau kalau nak tinggal budak-budak ni kalau pergi sendiri so aku temankan la. Aku kan pakar bab2 gambling ni. Tumpang 1 malam kat rumah Fithot (Thanks so much yea!), aku hampir diserang demam tapi sempat makan ubat. Esoknya pergi City Centre. Aiseh, kata takde peruntukan untuk shopping, lastly, hasil tangkapan aku hari tu ada la 2 pasang blaus and tali pinggang. Memang serius aku tak dapat mengawal perasaan membeli. Hehehe. Tak apa, kadang-kadang je aku beli benda-benda ni. Biasanya duit aku banyak habis untuk makan. Macam mana tak tembam? =)

Sampai Kaherah semula hari Jumaat malam. Penat sangat aku tertidur sampai tengah hari. Hampir terlupa janji aku nak bawa Tasya ke Asfour semalam. Tapi pergi jugak. Asfour ni terkenal dengan barangan kristal dari hiasan sehinggalah ke barang kemas dan chandelier. Hajat aku nak mencari cincin tak kesampaian sebab pilihan yang aku berkenan tu tak ada. So, save duit aku sikit. Haha. Tapi masih ada hasil tangkapan lain. Aku beli tasbih kristal untuk mak sedara aku and kerongsang untuk mak aku. Tu je. Ada siapa-siapa nak pesan barangan kristal? Tunggu la tahun depan time aku nak balik Malaysia. Tu pun kalau aku balik la. Plan macam tak nak balik. Heh.

Jadi, kalau nak ikutkan list aku ;


  • Alexandria
  • Asfour Crystal
  • Hussein
  • Tanta
  • CityStars
  • IBC
  • Doha, Qatar
  • Malaysia!
  • Terengganu!!!
  • Rumah!!!!
  • Mak!!!!!

Haha. Chill! Ja ne!


Flight Back To Malaysia : 4 days to go.


No comments:

Related Posts with Thumbnails