Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Jun 29, 2010

Kena sound? Huh, probably... =)

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Wah, kuatnya aku jalan-jalan sejak habis exam. Hehe. Dah nak balik dah pun apa salahnya kan? Nanti balik Malaysia sambung lagi jalan-jalan kat sana pulak. Yes!

Aku belum habis penat dari balik hantar Kaname kat Zul. Sila jaga si hamster chan tu betul-betul ye Zul. =) Tinggal la lagi satu problem nak hantar si Wiwi pula kat KLCC. I wonder ustaz kat situ ingat lagi tak kitorang yang mengangkat Wiwi jadi anak angkat. Harap-harap dia ingat lagi lah.

Semalam aku ke Hussein membeli barang dan membelah duit. Mak, ai dah jumpa asam and habbatus sauda' yang yu nak. Nor, sorry ai tak jumpa air zamzam and apricot. Rasanya takde la kat sini.

Apa-apa pun, duit rumah sewa kena bayar dulu untuk 3 bulan sepanjang kami balik Malaysia ni. Adeh, malas gila nak pergi cucuk duit. Hais~

Oh, lupa tentang tajuk entry aku ni. Takde apa2 sangat pun, just mak aku sound kuat sangat jalan2...hari ni aku dapat mesej first dari dia, "Hari ni pergi jalan mana pulak?" Amboi, tak ke aku terkena bila baca mesej macam tu. Ala, mak macam tak tau anak ni macam mana. Kaki ukur jalan. Bukan perempuan jalanan ye. Agak kelainan di situ.

Jadi, kalau nak diikutkan list aku :


  • Alexandria
  • Asfour Crystal
  • Hussein
  • Tanta
  • CityStars
  • IBC
  • Doha, Qatar
  • Malaysia!
  • Terengganu!!
  • Rumah!!!
  • Mak!!!!

Hehe. Ja ne!


Flight Back To Malaysia : 3 days to go!


Jun 27, 2010

I'll pass!

Assalamualaikum!

Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. =)

Kata nak update semalam tapi tak jugak. Penat jalan-jalan. Heh.

Aku pergi jugak ke Alexandria petang Khamis tu. Akhirnya. Kalau ikut plan asal tak nak pergi tapi disebabkan risau kalau nak tinggal budak-budak ni kalau pergi sendiri so aku temankan la. Aku kan pakar bab2 gambling ni. Tumpang 1 malam kat rumah Fithot (Thanks so much yea!), aku hampir diserang demam tapi sempat makan ubat. Esoknya pergi City Centre. Aiseh, kata takde peruntukan untuk shopping, lastly, hasil tangkapan aku hari tu ada la 2 pasang blaus and tali pinggang. Memang serius aku tak dapat mengawal perasaan membeli. Hehehe. Tak apa, kadang-kadang je aku beli benda-benda ni. Biasanya duit aku banyak habis untuk makan. Macam mana tak tembam? =)

Sampai Kaherah semula hari Jumaat malam. Penat sangat aku tertidur sampai tengah hari. Hampir terlupa janji aku nak bawa Tasya ke Asfour semalam. Tapi pergi jugak. Asfour ni terkenal dengan barangan kristal dari hiasan sehinggalah ke barang kemas dan chandelier. Hajat aku nak mencari cincin tak kesampaian sebab pilihan yang aku berkenan tu tak ada. So, save duit aku sikit. Haha. Tapi masih ada hasil tangkapan lain. Aku beli tasbih kristal untuk mak sedara aku and kerongsang untuk mak aku. Tu je. Ada siapa-siapa nak pesan barangan kristal? Tunggu la tahun depan time aku nak balik Malaysia. Tu pun kalau aku balik la. Plan macam tak nak balik. Heh.

Jadi, kalau nak ikutkan list aku ;


  • Alexandria
  • Asfour Crystal
  • Hussein
  • Tanta
  • CityStars
  • IBC
  • Doha, Qatar
  • Malaysia!
  • Terengganu!!!
  • Rumah!!!!
  • Mak!!!!!

Haha. Chill! Ja ne!


Flight Back To Malaysia : 4 days to go.


Jun 24, 2010

Joegrimjow dah balik Malaysia, Kembatolo pun dah balik Malaysia, Aku pun nak balik jugak la!

Assalamualaikum.

Exam habis dah semua orang sibuk-sibuk buat entry horay sana horay sini nak balik sana nak balik sini rindu sana rindu sini. Habis tu aku, tak? Heh.

So yea, exam aku dah habis dengan jayanya (Result aku tak tau la macam mana kan). Tinggal lagi 6 hari tarikh flight balik ke Malaysia.

1 July 2010. InsyaAllah sampai la aku ke Malaysia 2/7 tu. 


yeah~ ai naik Qatar Airways =)

Maka aku pun dah berkira-kira plan untuk menghabiskan 6 hari yang berbaki ni. Hais, ade pula yang gatal-gatal nak heret aku pergi Alexandria nak shopping. Oh shot, aku takde peruntukan untuk shopping di Alex. Aku hanya save untuk shopping di Hussin jer, and enjoy2. Ahaha~

Then mahu ke Tanta sebentar. Menghantar anak angkat aku si hamster-chan Kaname. Tinggal seekor je la dah Yuuki dah meninggal dunia 3 hari yang lepas. Bakal terima kasih kepada si Zul kerana baik hati mensponsor diri untuk menjaga hamster-chan sepanjang aku balik Malaysia nanti. Huahuahua.

Lagi, nak ke Syobra. Lepak2 di Asfour Crystal. Ingat nak cari cincin ah. Yang hari tu dah kholas kidah (rosak daa..). Cincin ni perlu kalau ada arab yang gatal-gatal nak ajak kahwin aku terus tunjuk je jari yang dah bercincin. Haha. 

Juga ke city stars, tengok la apa yang ada. Lepak-lepak je kot tengok wayang.

Perkara wajib, bowling. Ya, itu wajib.

Cukup semua list, apa lagi, jom la belah dari sini. Aku dah teringat macam-macam benda kat Malaysia sana tu. Hehe.

Ja ne!

Jun 23, 2010

Arab2!

Assalamualaikum!

Update semalam. Hehehe. Ouh, terima kasih wahai lecturer yg baik hati. Kitorang semua pakat tanya maksud yg kitorang tak faham masa dalam exam. Overall, Alhamdulillah tak banyak sangat yang sangkut paper semalam.

Harap-harap kertas dua nanti pun boleh tanya jugak. Hehehe.


p/s : Aku disuruh basuh jamban. wtf? Adik, silap cara sebenarnya. Kalau ajak sama-sama buat takde la orang  marah. Kan dah nama duk serumah, buat pun sama-sama la. Bukan nak mengarah orang buat itu ini. Sorry, i'm feeling pissed off by this matter. Just, tukar cara, tu je. Discussion is needed. Not only one person pointing to others to do this and that. Okay? Chill ;D

p/s/s : Panas baran aku tak lama. Tapi dalam tempoh yang singkat tu aku boleh buat apa saja untuk lepaskan marah. Bila kita marah kat orang, cuba try ingat balik apa kebaikan yg orang tu buat. Sure kita akan maafkan dia. Bila fikir balik, siapalah kita ni untuk tidak memaafkan orang. Allah pun mengampuni dosa hamba-Nya. Astaghfirullah~

Ja ne!

Next Paper : Arabic Language Paper 2

Flight back to Malaysia : 8 days to go!

Jun 22, 2010

Lagi Tiga!

Assalamualaikum!

Hais~ Creed & Ethics dah berlalu. Tinggal lagi 3 paper untuk aku menuju kemerdekaan sementara. Hahaha. Sejak akhir-akhir ni cuaca di Mesir sangat2 panas! Ya Allah, kalau panas setakat ni pun dah mengeluh, panas neraka macam mana agaknya ye? Nauzubillah min zalik..

Aku sakit mulut. Tergigit isi pipi. Ni mesti balasan banyak mengumpat and mencarut. Mulut aku boleh tahan jugak. Heh.

Oh-oh, aku dah bau air hujan kat Malaysia. Rindu mak!

Ja ne!

Next Paper : Arabic Language Paper 1

Flight Back to Malaysia : 9 days to go.

Jun 21, 2010

Berita baik vs Berita buruk

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Berita baik :

Hari ni paper al-Quran. Alhamdulillah boleh la jawab dengan jayanya.


Berita tak baik :

Balik rumah dengan perasaan gembira, kemudian tidur. Bangun dari tidur, jenguk hamster aku, Yuuki dah tak bergerak dah. Dah berpergian dah.

Sedih beb. Lama aku bela Yuuki sejak Januari dulu lagi. Masa tu musim sejuk. Sakit tua agaknya. Herm, tinggal la Kaname seekor diri tanpa teman/awek.


p/s : Life is short.

Next Paper : Creed & Ethics

Jun 19, 2010

Menjaga Hati

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Apa khabar? Semoga anda dilindungi Allah. Aku ingin berkongsi satu cerita dengan sahabat-sahabat sekalian.


Seorang sufi akan melangsungkan perkahwinannya dengan seorang wanita cantik. Tiba-tiba ditakdirkan Allah, di saat hampir waktu pernikahan, pengantin wanita itu ditimpa penyakit cacar. Pihak keluarganya sangat sedih dan khuatir anak gadisnya akan dianggap hodoh oleh bakal menantu mereka. 

Mengetahui hal ini, calon suami lalu memperlihatkan pula bahawa dia telah mengidap sakit mata sehingga mengakibatkan dirinya buta. Perkahwinan pun terus dilangsungkan dalam keadaan kedua pengantin yang seimbang ini, sehingga kedua belah pihak tidak lagi bersedih dan kecil hati. 

Kedua pasangan tersebut terus hidup rukun damai selama 20 tahun sehingga Allah takdirkan wanita itu jatuh sakit lalu meninggal dunia. 

Setelah kematian isterinya, maka si sufi itu membuka matanya yang nyata tidak buta. Lalu orang pun bertanya mengapa ia bertindak berpura-pura buta sekian lamanya. Lantas dijawabnya:"Aku sengaja berpura demikian agar keluarga isteriku tidak bersedih hati." Orang yang mendengar terus berkata: "Kamu telah mengagumi rakan-rakanmu dengan akhlakmu ini."

***


Apa yang menarik bagi aku tentang kisah ini adalah bagaimana mulianya lelaki sufi tersebut yang sanggup menjadi (berpura-pura) buta hanya kerana ingin menjaga hati dan aib si isteri serta keluarga. 

Ini soal perkahwinan. Bagaimana jika soal persahabatan?

Mampu ke kita nak menjaga hati sahabat kita? Oh, lupa. Tak perlu contoh persahabatan, cuba bayangkan ahli keluarga korang je. 

Ahli keluarga orang paling rapat dengan kita sebab kita berkongsi darah daging (genetic) yang sama. Jika kita susah, ahli keluarga kita juga yang akan bantu kita. Sekarang, abaikan tentang ahli keluarga yang jahat etc, etc. Aku sedang bincangkan tentang contoh yang baik ni. 




Orang yang paling utama kita perlu menjaga hatinya adalah ibu kita, mak kita, mama kita, bonda kita, etc, etc. Bagi lelaki, walaupun sudah berkahwin, tanggungjawab kepada ibu masih belum terlepas selagi ibunya masih hidup. Jika bagi perempuan pula, tanggungjawab kepada suami paling utama. Namun tak bererti boleh melupakan jasa ibu kita dengan mudahnya.

Hati seorang ibu ni cekal. Kamu buatlah apa pun kepadanya, dia masih akan melayan kerenah kamu. Kamu tengking, kamu cela, kamu hiraukan dia... dia masih tak membuang kamu dari hidupnya. 

Balasan menderhaka kepada ibu bapa akan terus tertampak ketika di dunia. Be it kesusahan, kepapaan, kemalangan atau segala jenis balasan akan Allah turunkan jika kita menderhaka.

Moral of the story :

Jagalah hati insan-insan yang dekat di hati anda. 
Jagalah maruah mereka.
Jangan menderhakai ibu bapa.
Sayangi ibu bapa anda!

Ja ne!

Jun 17, 2010

Ingat satu perkara sebelum tiba satu perkara.

Assalamualaikum!

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Aku ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian.


Ad-Daqqaq pernah berkata :

Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan 3 perkara :


  1. Segera bertaubat
  2. Hati yang qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada)
  3. Cergas beribadah

Manakala barangsiapa yang selalu melupakan kematian, akan ditimpa dengan 3 perkara : 


  1. Melambat-lambatkan taubat
  2. Tidak pernah merasa cukup
  3. Malas beribadah

Ditulis oleh Imam Qurtubi rahimullah di dalam kitab At-Tazkirah.



Sedikit penjelasan :

Jika kita menyedari kita telah membuat kesalahan atau dosa, segeralah kita bertaubat kepada Allah. Jangan kita menangguh-nangguhkan taubat. Ianya benar jika setelah kita bertaubat, maka kita akan kembali melakukan dosa. Manusia tidak akan pernah lari dari melakukan dosa. Oleh sebab itulah kita harus terus bertaubat apabila menyedari dosa yang dilakukan.

Maut itu terlalu dekat dengan kita. Bila-bila masa saja Izrail akan datang menjemput. Apabila kita selalu mengingati mati, kita akan sedar akan banyaknya dosa yang kita lakukan. Maka kita akan selalu bertaubat kepada Allah SWT serta berusaha untuk meningkatkan ibadah kepada Allah. 

Sama-samalah kita untuk selalu mengingati mati, supaya kita sedar akan banyaknya dosa yang telah kita lakukan dan untuk kita sedar bahawa kita masih belum cukup beribadat kepadaNya.

Hidup kita untuk mati. Destinasi sebenar kita hanyalah menuju ke arah mendapatkan keredhaan Allah. Alangkah bahagianya jika hidup kita di dunia melakukan amal soleh, kerana hidup di akhirat akan lebih bahagia kerana amalan kita.

Sama-sama kita perbetulkan kesilapan diri kita. Aku bukanlah manusia sempurna. Sekadar beringat-ingat dan sambil-sambil memperbaiki diri. 

Sekian, ja ne!

Next Paper : Al-Quran

Jun 16, 2010

Pak Cik Hassan...

Assalamualaikum!


Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


'Amlein eh? Wah3, lagi 15 hari lagi untuk aku pulang ke tanah air. Asyik terliur je tengok kapal terbang lalu atas rumah ni tiap-tiap hari. Tak lama lagi giliran aku pula naik kapal terbang. Yes!


Kali ni aku cuma nak kongsi satu kata-kata. Aku baru pertama kali terbaca ayat ini and aku sangat interested dengan maksud yang mendalam dari ayat ni. Rasanya aku ada idea untuk memberi sedikit penjelasan tentang ayat ni tapi masih belum masanya sebab Fiqh and Aqidah dah menjerit-jerit panggil aku supaya kembali membaca mereka dan meninggalkan blog tersayang ni. Hahaha.



"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, 
maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. 
Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, 
tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku 
dan bersama membina kembali bangunan usang itu 
menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..."


 ~Imam As-Syahid Hassan Al Banna~




Tahukah anda Empayar Kerajaan Islam pernah mencapai zaman kegemilangan dengan menakluk seluas 2/3 dunia? Kemana menghilang 2/3 dunia yang pernah kita pegang dengan megah dan teguh dahulu? Di mana silapnya?




p/s : Dekat tanah Mesir ni tak boleh disebut nama Hassan Al Banna serta Ma'thurat. Isu sensitif di sini. So, penyelesaiannya kami memanggilnya Pak Cik Hassan.




Next Paper : Creed and Ethics (Aqidah and Akhlak)



Jun 15, 2010

Fakta yang auta.

Assalamualaikum.

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Hais ~ Penat2 menggembleng tenaga bermain bowling. Alalalala. Ni semua pasal boring tahap jebon dah.


"Perempuan berkelip hampir dua kali lebih berbanding lelaki."

Kenapa ye? Perempuan lebih banyak tenaga dekat mata berbanding lelaki kot? Tak pun bulu mata perempuan lebih lebat dari lelaki so kelopak mata lebih berat dari lelaki. Hahaha.


"Lipas masih boleh hidup 9 hari walaupun selepas kepalanya dipotong."

Wau, respek ar lipas ni. Panjang umur dia ye. Kalau kepala aku kena potong sure mati on the spot. Hahaha.


"Seekor zirafah boleh membersihkan telinganya dengan menggunakan lidahnya yang bersaiz 21 inci."

Lidah kita berapa inci ha? Nak cuba ukur? Cubalah. Hehehe.


"Kupu-kupu tiada perut"

Oh, oh, betulkah? Lepas ni balik Malaysia jumpa kupu-kupu terus tangkap nak buat operation la. Nak check betul ke tak.


"Seekor siput boleh tidur selama tiga tahun."

Kalaulah boleh memang aku nak tidur terus tanpa makan minum. Tapi kalau lapar je mesti bangun secara automatik. Oh tidak.


"Semut tidak pernah tidur."

Oh, yang ni aku respect. Bagus kan si semut ni tak pernah tidur. Tapi kesian pulak dia. Tak penat ke? Ah, bersyukurlah kerana dikurniakan nikmat tidur.


"Cik K seorang yang gila bowling."

Oh-oh? Ini bukan fakta. Ini memang habit si penulis. Gyahahaha!

Ja ne!

Jun 14, 2010

Oh2, Soalan? Part 2

Assalamualaikum!

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Ya, ya, silakan bertanya lagi. Kaunter pertanyaan terpampang kat sebelah kiri blog aku ni. Arigatou gozaimasu! Disebabkan aku rajin kali ni and aku sedang nak release tension sebab kecewa dengan paper Physics tadi, aku jawab soalan yang korang2 tanya di Formspring.me kat sini. 

1. You get scholar or use your own money to further study in overseas?

No, i didn't use my own money. I use my parent's money. Hehe. I'm on my way to get a scholarship for the next year InsyaAllah. I belajar overseas menggunakan khidmat agen.

2. Do you think you are beautiful?

Yes. No. Maybe. To be honest, i love my eyes because it looks perfect in my face. That's all. Tapi aku bersyukur sebab dikurniakan dengan sempurna sifat. Ada mata, hidung, mulut. Hidung tak senget, mulut tak rabik, mata tak buta. Okey lah tu, kan?

3. Can i say that you are very arrogant?

Erm, ramai je yang cakap aku agak arrogant. Or, dalam kamus, bongkak/sombong. Dari perangai luaran aku agak sombong. Honestly, i do it on purpose. Sengaja. Aku tak nak orang anggap aku seorang yang baik. Aku baik atau tak, hanya orang yang kenal aku betul-betul je yang tau. Aku tak kisah orang nak kata apa. Tapi, pada pendapat aku sendiri (yang bukan lakonan), aku tak sombong. Oh, kejap, aku terfikir tiba-tiba. Apa kata kalau sebenar-benarnya aku memang seorang yang tak arrogant (mungkin aku je yg mengada-ngada cakap arrogant). Bukankah kau yang salah sebab membuat andaian melulu? Kau kena minta maaf dengan aku kalau macam tu. Mood aku tak elok sangat sekarang ni. Ni semua pasal Physics paper semalam.



Apa tengok-tengok? Dengki la tu i cun.

4. Awak ambil kos ape?

Saya ambil course dentistry.

5. Are you one of the person that appreciate your friend too much?

Emm, yes. Kalau my friend appreciate me, and i can see that she/he appreciates me, i will put her/him very dear to my heart. Bagi aku, friendship is everything. Saling mencintai antara sahabat kerana Allah membawa ke Syurga. Siapa yang tak nak? Appreciation tak bererti membalas apa yang telah dibuat. Jangan berbuat kebaikan hanya untuk berharap kebaikanmu dibalas. Mungkin belum masanya untuk kebaikan yang kamu buat kepada sahabat kamu terbalas. Tapi jangan pula tak appreciate orang yang banyak membantu anda. Heh. Aku tak cakap macamtu.


Wah3, terima kasih la kepada yang rajin bertanya ye? At least aku jumpa soalan yang tak pernah orang nak tanya kat aku. Contohnya yang tentang arrogant tu. Hehe. 


Phew ~ Critical exam is over. Sekarang cuma tinggal 5 paper agama next week. Aqidah & Akhlak, Arab Paper 1, Arab Paper 2, Al-Quran, and Fiqh. Best, kan? Sambil belajar dentistry, belajar sekali ilmu akhirat.  Walaupun Arab and Aqidah subjek yang sukar bagi aku, aku akan cuba selagi mampu. Begini la hidup pelajar di Al-Azhar. Sebab itu lah universiti ni punyai taraf yang berbeza berbanding universiti2 lain di Mesir. Tapi facilities kurang. Jauh la dari universiti di Malaysia sana. Apa-apa pun, bersyukur la di mana kaki kita berpijak. At least, kita berpijak di bumi yang nyata. 


So, anymore question? Please ask me at http://www.formspring.me/cikKay.

Sekian, ja ne!

Jun 12, 2010

Blogger and Follower


Assalamualaikum!

Selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.


Sejak akhir-akhir ni aku begitu rajin berblog. Kenapakah? Aku sendiri pun tak tahu. Dah la masih dalam musim exam. Tak apa, tak apa, exam tetap exam, blog tetap blog. Aha!

Apa kena mengena tajuk di atas dengan entry kali ini? Rasanya tak ada kaitan. Heh.

Oh, oh, aku punya follower baru mencecah 30 orang dalam masa 1 tahun 2 bulan aku masuk ke dunia blog ni. Followers aku terdiri daripada kawan-kawan aku sendiri, yang mana aku kenal secara live. Dan ada juga diantaranya yang hanya kenalan di alam maya. Terima kasih kepada yg sudi follow.

Blog aku mencerminkan perasaan aku ketika itu, juga kadang-kadang aku letakkan artikel jugak. Kalau yang dah lama follow and selalu baca entry aku, mesti akan perasan perubahan terhadap diri aku. Ada musim aku emo, ada musim aku gembira, ada musim aku serius. Itulah aku yang sebenar. Tapi edisi aku yang korang baca di blog tak sama dengan diri aku dari luaran. Aku banyak menulis dalam blog, tapi realitinya aku tak banyak bercakap di alam realiti. Jangan tanya kenapa, itu dah asalnya aku macam tu, menerima gene daripada mak aku macamtu. Haha. I'm not joking.

So, entry aku hari ni just nak cakap tentang followers je. Aku baca entry Mr. Ben Ashaari tentang follower just now, and rasa nak post something jugak tentang follower ni. Aku anggap followers ni sebagai orang yang berminat dengan diri tuan punya blog, orang yang mengenali tuan punya blog, and orang yang berminat dengan apa yang ditulis di dalam blog tersebut. Ini pandangan serta pengalaman aku sendiri.

Blog yang aku follow pula sama je dengan pandangan aku tadi. Aku berminat dengan tuan punya blog, so aku follow. Oh setakat ni ada satu je blog yg aku follow sebab tu. Hehe, rahsia2. *ceh macam la tak boleh nak detect, kan?* Aku kenal blogger ni, so aku follow. Oh, aku suka apa yang blogger ni tulis, aku follow lah.

There is no such thing bagi diri aku untuk "You follow me i follow you". Aku rasa aku nak, aku follow. Tapi, untuk followers aku, walaupun aku tak follow, aku akan linkkan blog mereka dalam bloglist aku. Aku baca semua entry followers aku, sebagai penghargaan untuk mereka. Oh kecuali kalau aku busy, memang sorry banyak-banyak lah, aku akan termiss jugak. Hehe.

Antara follower and tuan punya blog, aku dapati terjalinnya satu hubungan antara mereka. Contohnya, bila mereka yang membaca meninggalkan komen, then tuan punya blog membalas. Terjadi satu interaksi di situ. Jalinan ukhuwah ni tiada sempadan.


To all my followers, thank you for following. Tu je aku nak cakap sebenarnya. Heh.


Do you think i'm beautiful?

Next Paper : Physics



Jun 11, 2010

Oh2, Soalan?


Assalamualaikum!

Aha! Akhirnya ada jugak manusia yg berani bertanyakan soalan berani mati kat Formspring.me ku. Haha. Actually aku rasa memang soalan ni akan di expected dari para penanya sekalian. Heh.
Biar la aku jawab dalam entry supaya nanti takde la orang lain pula tanyakan soalan yang sama lagi. Penat den nak menjawab. Ceh!

1. Do you believe love in the first sight?

Yes, i believe love in the first sight. Malah, aku sendiri pun jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap seseorang. Tapi, rasanya bukan jodoh aku lagi kot. But, aku masih menunggu peluang tu untuk datang lagi. Heh.

2. Do you have boyfriends?

Isy, aku musykil dengan soalan ni sebab ada S kat belakang boyfriend tu. Hahah. Okay, aku ada ramai boyfriend. Ye lah, kawan lelaki aku memang ramai. Tak terkira. Kalau yg kau maksudkan tu boyfriend a.k.a pakwe or sewaktu dengannya, tak ada. Aku tak ada boyfriend or pakwe or whatever. For now.

3. Write down name of your friends that ever be your best friends.

Waa, aku baca soalan ni dengan tonasi seorang kaunselor yg sedang membuat personaliti test. Hahah. Serius gila soalan kau ni. Rasanya macam tau je siapa yg gatal bertanya ni. Heh. Write down? Kenapa? Untuk apa perlu aku write down nama bestfriends aku? Kau tak percayakan aku sangat ke? Tak ape demi soalan peminat meh aku jawab. Tapi dalam Formspring.me aku tulis 2 je. Heiji-san and Farizz. Tapi rasanya aku nak tambah lagi sorang ni, Meha. Hehe. Meha jangan kembang hidung tau kalau baca post ni. Haha.

Untuk soalan last ni aku tak tahu apa objektif si penanya. Sebab aku tak pasti siapa yg bertanya. Tapi kawan-kawan yg lain jangan kecil hati aku tak letakkan dalam list. Kawan tetap kawan. Cuma yg aku listkan ni ada nilai sentimental yg tersendiri. Meanwhile, anda semua still kawan2 aku.

*Keluar dari topik*

Actually selain dari mereka bertiga ada lagi satu type kawan yg aku sangat interested. Erm, mungkin aku boleh listkan sikit siapa yg dalam list interested aku ni : Ogy and Zara. Ada la something dalam diri mereka yg aku interested. Oh, lelaki pun ada tapi aku tak nak listkan nanti kontroversi. Hahaha.


So, ada berani? Tanyalah! http://www.formspring.me/cikKay

Eh? Salah masuk blog ke?

Assalamualaikum!


"Waa, eh betul ke ni blog cik Kimmy aka 'Athifah?
Tak salah klik ke? Tengok link dah betul dah.
Mana makhluk comel sengih2 dapat aiskrim tu? Dah kene sembelih wat sup dah ke?
Musykil-musykil."


Heh.

Aku tukar layout la cerdik. Tengah syok2 log in, ada pop-out message cakap meh la try layout designer baru bla3. So aku try la. Boleh tahan cool jugak. So aku korbankan la si makhluk comel sengih2 tu demi pengalaman baru layout designing. Berani? Cubalah!

And do drop some comment on my new layout! (kalau korang rajin la kan)

Orang study sampai pengsan aku sedap2 online siap boleh tukar layout bagai. Aha.

Permohonan untuk hamster aku 2 ekor tu untuk dijadikan anak angkat dah lulus. Thank you Zul sanggup nak jaga Yuuki and Kaname. Jaga elok2 tau. Sekarang tinggal satu lagi. Si Wiwi pulak aku risau nak tinggalkan dia kat KLCC semula.

"Wiwi..." *sob2* T_T

Jom la menangis dengan aku. Bukan senang aku nak ajak menangis ni. Eh, kalau korang tengok aku menangis mesti korang pun ternangis sekali ye la aku nangis macam pelakon Korea time hero dia nak tinggalkan awek sebab hubungan tak direstui makhluk seluruh bumi. Aha! Tersebik -sebik korang nanti.


Oh ya, ada siapa-siapa yang berminat dengan benda yang ngeri lagi seram tak? Macam kalo tengok cerita SAW tu korang petik jari lah! Ha, kalau ada, meh aku suggestkan satu blog ni. Kari Ngeri namanya. Gambar yang dipaparkan kat sana memang tip top ah wa cakap lu. Sure pakej termuntah punya terbaik! Aku bagi amaran awal-awal ni, kalau korang tak boleh tengok benda2 yang meloyakan ni jangan la cuba saja-saja nak klik. Blog beliau ni memang hanya untuk hard-die-fan darah, bunuh-bunuh and mayat sahaja.

Ada berani? Klik sini.

Apa lagi ye? Hmm. Oh aku dah lama tak buat perangai lama ambik gambar banyak2 or camwhore la kata bijak pandai. Hahah. Really, aku dah lama tak update wajah terbaru aku yg cun tak hengat ni.

"Wei, stop! Stop! Aku nak termuntah dah. Ni belum tengok resepi Kari Ngeri lagi nieh."

Okay2 aku stop. Saja je aku nak menyengalkan diri dalam blog sendiri. Takkan tak bleh kot? Heh.

And, kepada siapa2 yang singgah blog aku ni, tinggal2kan la jejak ye? Takkan masuk rumah orang taknak perkenalkan diri ye tak? Eh, aku pun selalu jugak tak tinggalkan jejak tapi bukan salah aku blog2 tu takde shout box. (Aha, ni sure aku kena lempang pasni) Boleh je tinggalkan jejak anda di shout box aku or yg lagi rajin and cun silakan la tinggalkan komen tak kira la apa pun aku terima je. Jangan caci-maki dah la nanti aku sumpah jadi putera katak baru tau. Hehe, gurau2.

Ok lah aku nak stop. Selamat berehat di petang hari Jumaat ni bagi penduduk Malaysia and sewaktu dengannya juga selamat bersolat Jumaat bagi penduduk di Mesir. Jangan ponteng Solat Jumaat ye kawan-kawan! Berdosa, kita kan dah besar sume. Dah tau dosa pahala. So, janganlah ringankan mana-mana yg berat, jangan abaikan mana-mana yg ringan.

Akhir kalam, meh la kita berselawat ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Renung2kan and selamat beramal!


p/s : Oh ya, lagu yg aku letak ni namanya Last Carnival. This song was recommended by my best friend forever, Heiji-san. I really fall for it. Thanks dear!


Next Paper : Physics

Jun 10, 2010

It's 2 PM!

Assalamualaikum!

Hai bloggers! How are you? Oh..oh.. i've been infected by a known virus named Korean Idol Craziness! I really didn't interested in Korean idol and songs before, but it is because of my best friend a.k.a house mate Meha here keeps watching Korean idol's reality show on Youtube, i've been infected too. Haha, don't know why~ i've changed a bit, really.

The only Korean group(s) that i like the most (for now) are 2PM and Shinee. I like their voices and appearance. For Shinee, i like Replay and Ring Ding Dong. Hey, i will love any song that have beats in it. I do love Tik Tok by 2PM. Actually i like Taecyeon of 2PM. He's kind of smart (?) and have a sweet smile. Aha! I like men with sweet smiles. No doubt about it because the person i love also do have a sweet, unforgettable smile. Ah, forget it!

Yet, i'm not too into it (I mention about Korean Idol Craziness). I just like what i want to like. Just being myself, not copying others. Anyway, i don't like people copying me too. Heh.

SNSD too was not bad. With the Gee Gee dance. I still watch it until now. Haha. I wonder if i can dance like them too. Heh. Maybe when i went home (Malaysia) i will try to practice it. Hey, maybe it can be used as an exercise! Hahahaha. Mengarut lah kau cik K.


Oh tak lupa aku juga layan lagu2 Lady Gaga.


Okey let's stop now! Ja ne!


Next Paper : Physics


Jun 8, 2010

Siapa suka Sudoku?

credit to my handsome Mr.Google *hah, isi la kalo berani~*


Assalamualaikum!

"Ni nak tanye ni, siapa suka Sudoku angkat ketiak tinggi2!"

Saya2! *muka bercahaya2*

"Ai, takde orang ke yg suka main Sudoku neh?"

Saya3! *masih muka bercahaya2*

"Betul takde?"

Saya!!!!!

"Hais~ kuman sangat korang ni tak main Sudoku..."

(marah) Aku!! *baling kerusi ke arah si penanya*

"Aiyark!" *pengsan*


Okey2, jangan marah ha, gua gurau jer. Heheh. Haa, siapa yg tak kenal permainan Sudoku ni? Budak tadika pun tak leh celen main benda ni. Isi je nombor dalam kotak. Cume betul tak betul je jawapan. Haha!

Aku just nak review je game ni. Sebenarnya dah lama nak review tapi memandangkan kesibukan serta ada hal lain yg lebih penting dari ni, aku hold dulu.

Permainan ni senang je. Just isikan kotak kosong dengan angka dari 1-9. Rules dia satu je, tak boleh ada nombor yang sama dalam setiap row and column serta kotak 9 yang dalam bolderline tu. Senang, kan?

Aku main Sudoku lebih kurang 10 game sehari yang normal punya level. Kalau bosan sikit, terus hadap game ni. Nak tido, hadap dulu. Nak membuang... hehehe. Dah tersedia terinstall dalam boyfriend aku si N81 tuh sebab tu senang dicapai. Portable kata mat saleh. Hehe.

So, ape lagi? Aku review penat2 nie.. selamat mencuba!


Next Paper : English & Medical Terminology

Jun 4, 2010

Oh, kuah singgang!

Assalamualaikum!


Hah, tu dia! Gambaq kuah singgang sebijik dah keluaq. Mak aih, kecur air liur den. Slurp! Ni kalau pekena dengan buah pauh buat ulam, Pergh!! Dasat2. Heaven!

Haha. Rindu den kek kuah singgang ni haa. Dah mengigau2 dah. Kat sini pernah sekali je aku buat. Tu pun bukan guna ikan ayer or ikan selayang. Rasa dia kureng sket pasal pakai kunyit serbuk. Sini mane la ade kunyit hidup, padang2 pasir ni tak hidupnye kunyit. Eh, ape hal aku mengarut pasal kuah singgang ni?

Objektif utama entry ni sebenarnye aku nak cakap, flight aku dah tukar dah. Aku gerak balik Malaysia 1 July ni. Haa.. dah tak sampai sebulan lagi dah pun. Hehe. Sampai Malaysia, lepak rumah cousin kat Banting ni jap, 3 July flight balik Terengganu pulak. Hehehehe. Jage la mak aku nanti aku suruh masak kuah singgang hari2 pastu breakfast pulak kene angkut pegi makan nasi lemak ikan ayer kat kedai akak tong kuning tepi kedai kain nenek Alia tu. Aha!

Ai naik Qatar Airways 5 star gitu der. Transit kat Doha. Hehe. Kebetulan harga yg kitorang (Aku and Meha) dapat tu lagi murah dari Gulf Air yg aku cancelkan baru ni. Ada sebab kenapa aku cancel tiket hari tu. Ah, tak nak la cerita kat sini.. heh.

Alhamdulillah, tasydid kuliah dah siap dengan jayanye! Pelik2, orang sepatutnya dapat awal tahun ni mase tengah final exam baru nak merangkak si tasydid nie. Hais~ Arab2.. Ah, ape2 je la asalkan aku boleh buat visa and pulang serta kembali dengan selamat and tanpa masalah.

Tapi, ada satu lagi masalah baru menimpa. Hmm, aku tak nak cerita lagi selagi masalah ni tak settle seperti yg aku harapkan.

Next Paper : Botany. Let's Go Mumtaz!

Jun 2, 2010

Computer Science & Mohandisseen

Assalamualaikum! Kali ni just nak mengarut je, tak minat jangan bace.

Pagi ni aku bangun dengan senyuman *eceh* di awal pagi pukul 7.
(Err, pukul 7 di Kaherah ni matahari dh naik tinggi dah. hehe)
Buat apa-apa yang patut, then pukul 9 study sekejap.
Pukul 10 lebih online jap. *perkara wajib!*
Pukul 11 lebih, call Gulf Air office, borak2 ngorat akak arab ni, settle.

"Hais, nampaknya kena pergi office dia kat Mohandisseen"

Belek2 phonebook, cari mana2 hero yg xbusy nak ajak teman, call org itu, xangkat, sah tido...call org ini, pun xangkat..

"Ai, asal sume dah jadi arab ni bangun tidur lambat? Adoi~"

Ah, dh xde pilihan lain, kena call org ini jugak! Tak kira, tidur ke tak tidur ke kena teman jugak, benda urgent ni nak selesaikan.
Maka call la orang jauh ni...xde la jauh sangat, Shobra jer *Hehe...boleh tak?*
Nasib baik la bangun, kalau tak memang nak pergi ketuk rumah hero2 se'dentist' aku tuh.
Tak kira kene ada orang teman jugak, ni nak kene gamble sume cari office tu.. bukan senang nak pergi sendiri.
Mohandisseen pulak tu, bukan pekan, bandar besar.

Pukul 12.30, gerak ke stesen bas.

Pukul 1.00, bas belum muncul, kau pandang aku, aku pandang kau.

Pukul 1.30, bas belum muncul lagi, kau pandang aku, aku pandang kau.
*Bas yg aku tunggu ni direct ke Mohandisseen*
Ada sorang minah arab ni tegur aku (Sesi berkenalan pula di tengah2 terik matahari sambil menunggu bas)
Nasib baik beliau ni fasih berbahasa inggeris, senang untuk berkomunikasi.
Katanya tunggu bas nak ke Dokki, tapi beliau ni tak arif kawasan Hayyu Sabie' ni.

Pukul 2.00, kami dah fed-up,
Lompat tremco ke Ramses bersama minah arab tadi, Afaf namanya, sama macam nama lecturer Physics sem 1 aku.
Afaf ni nak ke Dokki, and paku-shi kata Dokki dah dekat sangat nk ke Mohandisseen.
So that's why Afaf pun join sekaki, sebab dia tak tahu macam mana nak ke Ramses.
Kitorang pulak selalu ke Ramses... hehe.

Pukul 2.30, sampai Ramses, turun Metro ambik train ke Dokki
(Sesi berkenalan serta bertukar2 nombor masih berlaku)
Aku rasa Afaf ni lagi tua dari aku kot.. sebab dia dah graduate dari Cairo University and bekerja bawah Ministry of Education.

Sampai di Dokki, kami bepisah dengan Afaf.
Tahan teksi, pak arab tu cakap 50 LE
kepale hotak kau~
Afaf sendiri dah cakap tempat yg kitorang nak pergi dh xjauh dari Metro station tadi.
And, aku dah Google siap2 location tempat tu.
Nasib baik ade paku-shi ni, boleh communicate dengan arab senang sikit.
Oh, bukan aku xnak apply ilmu bahasa arab yg aku tuntut, just xkena tempat sebab tempat yg aku nak pergi ni bukan tempat yg aku dah biasa, cuak jugak kalo pergi tanpa bantuan org ni.
Tong2, arab tadi cakap 10 LE
"Boleh laa", kata paku-shi.
Tengok, awal2 dia letak 50 LE mentang2 kitorang bukan orang arab, bala ke ape.
Ingat tak tau ke perangai muka tebal nak tipu orang, sorry, bukan dengan kitorang ye nak tipu2.

Sampai kat jalan yg kami nak, arab ni cakap bangunan yg kitorang nak cari tu dekat2 sini.
Kami turun je la.
Then tanya2 orang sekitar, jalan.
Tanya lagi, jalan lagi.
Jauh gila kitorang jalan.
Gameat El-Dewal Al-Arabia
Jalan tu panjang, n jauh. So kitorang jalan je la sambil2 tanya orang.
Tup2, terserempak dengan tempat tunggu bas yg dekat dengan pejabat Embassy Malaysia.
"Aik, ni dah sampai Embassy dah!"
Aku pun dah biasa pergi embassy untuk hal2 visa. Sebab tu kenal tempat tu.
Fed-up, penat, dahaga, kitorang singgah masjid solat zohor dulu.
Sambil2 tu aku bukak Google Map pakai phone.
Ah lantak ar topup habis ke ape.
Tengok direction, laa, dekat dah dengan location aku sekarang.
So, siap2 keluar masjid kami teruskan perjalanan.
Tak sampai 5 minit, jumpa la office Gulf Air yg xseberapa besar tapi nice tu.
Service dia sekejap je, tak sampai 15 minit.
Tapi punya la aku nak reach tempat tu berjam-jam lamanya.
Hais~

Then balik, kene la belanja 2 manusia yg teman aku ni makan kat Nil.
Hehe..
Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Gila la hari ni penat.
Terus aku pengsan tak sedar2 diri sampai pukul 11 tadi.
Ahaks~

Thanks Paku-shii and Sumaiyah.
Dah la dua2 ni sedang nyenyak tidur aku pergi kejutkan.
Hehe.
Thank you ye.
Xde siapa2 dah aku nak mintak pertolongan.
Hanya kawan2 yg baik dengan aku ni je la yg boleh aku harapkan.
Sob2 *touching*

Wah, panjang aku mengarut kali ni.
Ah, aku nak stop sekarang, kertas Computer Science dah menjerit2 suruh aku baca. Exam lagi 7 jam. Nyahaha~

Gambatte kudasai! Minna-san! Let's go, Mumtaz!

Jun 1, 2010

Palestine will be free!


Assalamualaikum!

Lupakan rancangan tv kegemaran yg anda sedang lihat,
lupakan mesej2 pakwe/makwe anda,
lupakan sementara kesibukan anda mengulangkaji pelajaran (musim exam),
lupakan temujanji anda untuk keluar bertemujanji bersama rakan2 karib anda.
Lupakan kemurungan anda akibat ditimpa masalah yg tak seberapa besar.
Lupakan, lupakan!

Mereka di sana,
Bertarung nyawa,
Demi sebuah pahala yg besar.
Sanggup berdepan dengan maut,
Tak gentar digoncang ancaman2 Israel,
Demi agama yg satu.
Masih mampu tersenyum,
Demi syahid yg diidam-idamkan.

Mampukah kita sekuat mereka?
Cukup beranikah kita untuk menerima tanggungjawab sebesar itu?

Tanya diri sendiri... sanggupkah kita untuk meninggalkan rumah2 yg enak.
Sanggupkah kita meninggalkan orang2 yg tersayang demi saudara seagama kita yg tiada pertalian darah pun?
Sanggupkah?

Aku pun masih belum cukup kekuatan untuk menjadi seperti mereka...
Kita yg masih mampu, buat la semana yg termampu.

Berdoalah, Boikotlah, Kecamlah, Sebarkanlah kesedaran sesama saudara seislam yg lain. Bangunkan mereka dari lenaan mimpi2 duniawi. Sedangkan mereka ini tak pernah lena digugat kerisauan di kejauhan. Sedangkan harapan mereka cukup tipis.

Walaupun sekiranya cubaan kali ini menemui kegagalan, ingatlah, akan banyak lagi bantuan2 Allah akan menyusul. Israel takkan pernah menang.




"Ya Allah, kami letakkan Kau di batang leher musuh kami, dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka, Ya Allah leburkan kumpulan mereka, kacau-bilaukan persatuan mereka, cerai-beraikan pakatan mereka, goncangkan pendirian mereka, hantarkan anjing-anjing kami ke atas mereka, wahai Tuhan yg Gagah Perkasa, wahai Tuhan yg Bersifat Murka, Ya Allah, wahai Tuhan yg Menurunkan Al-Quran, wahai Tuhan yg Mengarakkan Awan, wahai Tuhan yg Menewaskan Bala Tentera Ahzab, kalahkan mereka, menangkanlah kami ke atas mereka... Amin."




P/S : Poster and banner credited to http://gazafreedommarch.org/cms/en/home.aspx
Related Posts with Thumbnails