Today's verse~

"On the Day when their tongues and their hands and their legs shall bear witness against them as to what they were doing." [24: 24]

Apr 4, 2010

Tajuk Dia Untitled... Boleh Tak?

Assalamualaikum! How are you? I'm fine. Aku cuma nak merapu sikit tengah2 malam ni. Firstly, good morning Malaysia. Heh.

Aku baru je selesai menjelajah beberapa blog yg biasa aku singgah and beberapa lagi yang baru pertama kali aku singgah.

Ada satu blog ni yang kandungannya tentang apa yg berlaku di sekitar kehidupan rakyat Malaysia di Mesir. (Aku dah lupe link nye sebab aku langsung xsuka dgn penggunaan bahasa beliau so aku pangkah terus lepas selongkar blog beliau...jahatkn aku? heh. ade sebab.)

Ada perkara yg buat aku xpuas hati sebab beliau (owner blog) menggunakan ayat-ayat yg tidak wajar digunakan oleh orang berilmu. Ya, kamu nak katakan yg apa yg berlaku itu sesuatu yg salah tapi cara kamu tidak berhikmah. Orang2 macam diorang ni kalau nak nasihat pun perlukan approach dengan cara yg lebih lembut. Kerana hati remaja muda-mudi ni senang nak dibentuk serta senang juga nak berubah. Aku juga seorang pemudi so i know how they feel. You should find another way to remind them. Kalau dengan cara kamu sekarang ni memang for sure buat mereka panas hati bile membaca post kamu. And target kamu x accomplish. Atau adakah target kamu bukan untuk menyedarkan mereka tetapi sengaja buat mereka fired-up?

Ok, cukup setakat tu untuk saudara blogger tersebut.

Manusia ni bermacam ragam. Tapi arah tujuan mereka hanya satu. Allah dah tetapkan ke mana hala tuju manusia ciptaan-Nya ni. Kalau kita lihat saudara/ri kita membuat kesalahan, wajar kita yg menjadi orang pertama untuk menyedarkan beliau. Tetapi dengan cara yg berhikmah, serta menarik perhatian beliau. Macam aku cakap tadi, remaja (aku) hatinya lembut. Senang dibentuk serta diubah. Tetapi hati mereka (aku) juga sukar untuk tetap. Jikalau memberi nasihat dengan cara yg salah serta membuatkan mereka tak puas hati, mereka akan memberontak, dan akan menjadikan sikap mereka lebih teruk.


Sebaik-baik penasihat adalah dari kalangan sahabat2 mereka sendiri. Sekiranya kita lihat sahabat2 mereka pun sama, kita tiada pilihan lain selain dari approach mereka sendiri.


Sepanjang hidup aku di bumi Mesir ni, terdapat banyak perkara serta isu2 dalaman di antara pelajar2. Bermacam-macam konflik juga. Ada yang fanatik politik. Ada yg langsung tak ambil kisah dengan keadaan sekeliling. Kalau yg fana-litik (fanatik politik) ni, tak habis-habis nak cari kesalahan orang, memperbesarkan masalah yg kecil, melaga-lagakan orang, serta macam2 lagi. Kadang-kadang sangat tak sopan ayat serta perbuatan mereka macam anjing menyalak2 tak tau apa2. (Sorry kalau terasa tapi rasanya ayat aku ni lagi sopan dari apa yg aku baca)

Kalau rasa nak sangat memimpin, habiskan dulu belajar kat sini pastu pergi balik Malaysia sana tu then ubah apa yg kamu nak ubah. Cakap senang..orang itu salah, orang ini salah.. kamu ingat nak pegang/pimpin sesebuah negara ni macam makan kacang cap ibu jari kaki je ke? Kamu belajar sejarah tak macam mana Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat membina Madinah? Bukan dalam masa sehari je kan? Ia memerlukan kekuatan iman serta akidah yg kuat, dengan keberanian untuk berhadapan dengan musuh.

Untuk itu, kita yang manusia biasa ni yg akidah serta iman yg masih belum mantap lagi kena la ubah DIRI kita dulu disamping secara perlahan2 mengajak orang di sekeliling kita untuk turut serta mengubah diri. Bukan menyalak2 mencari kesilapan orang lain, betul?


Jangan mengeji orang yang memerintah, tetapi kita baikilah serta teguhkan apa yang ada pada diri kita dulu supaya kita layak menjadi pemerintah yang lebih mantap daripada yang sekarang. Zaman kita bukan sekarang. Zaman kita adalah dalam tempoh 20-40 tahun akan datang (based on my age). So, sebelum menempuhi zaman kita yg memerintah, jadilah yg terbaik di antara yg terbaik supaya pada zaman kita nanti kita berjaya mengembalikan zaman kegemilangan islam seperti tingginya darjat Kerajaan Abbasiyah dulu.

Summary : Jangan mencari serta mencaci kesilapan orang tetapi carilah kesilapan diri sendiri sebelum MENASIHATI orang di sekeliling kita BUKAN MENYALAK-NYALAK di belakang orang macam seorang penakut. Meshi?



p/s : sorry aku gunakan ayat2 yg xsedap mata membaca dalam entry kali ini. otak tengah panas. aku nak demam kot. huh~

Ma'assalamah.

ja ne!

No comments:

Related Posts with Thumbnails